KUALA LUMPUR: Survelan di Pintu Masuk Antarabangsa (PMA) diperkukuhkan dengan pengambilan sampel air kumbahan dari pesawat yang datang dari negara China kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, hari ini.
Katanya, Kementerian Kesihatan (KKM) mula melaksanakan ujian air kumbahan pesawat dari luar negara terutamanya negara-negara berisiko tinggi sejak Jun 2022.
Menerusi hantaran di Facebooknya, katanya, sampel air kumbahan akan dihantar ke Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan (MKAK) untuk ujian rantai polimerase (PCR) dn seterusnya dihantar untuk penjujukan genom sekiranya dikesan positif COVID-19.
"Mereka yang dikesan demam atau bergejala atau rujukan kendiri akan dirujuk ke pusat kuarantin atau pihak kesihatan untuk pemeriksaan semula. Sekiranya disyaki COVID-19, ujian COVID-19 akan dijalankan," katanya.
Bagaimanapun, katanya, tiada varian baharu COVID-19 dikesan di negara ini setakat ini.
"Setakat ini kebanyakan ujian positif adalah dari varian Omicron dan subtype BA5 dan BA2. Semua pengembara yang tiba dari luar negara termasuk negara China di PMA akan melalui saringan gejala.," katanya.
China dilapor akan membuka semula sempadannya pada 8 Jan 2023 selepas hampir tiga tahun ditutup berikutan pandemik COVID-19.
Semalam. Persatuan Agensi Pelancongan Malaysia (MATA) menggesa kerajaan agar menangguhkan sementara kemasukan pelancong dari China sehingga kes harian COVID-19 di negara itu reda.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 30 2022
Dr Noor Hisham berkata, Kementerian Kesihatan (KKM) mula melaksanakan ujian air kumbahan pesawat dari luar negara terutamanya negara-negara berisiko tinggi sejak Jun 2022. - Gambar fail/BERNAMA
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Pelajar Malaysia di Syria selamat
Pelajar Malaysia di Syria maklumkan mereka dalam keadaan selamat.
96.5 peratus sampel air kumbahan pesawat dikesan ada virus COVID-19 - Dr Noor Hisham
Survelan persekitaran COVID-19 menggunakan air kumbahan merekodkan 96.5 peratus atau 28 daripada 29 sampel dari Pintu Masuk Antarabangsa dikesan mempunyai kehadiran virus COVID-19 dengan varian Omicro
COVID-19: Sampel air kumbahan penumpang pesawat dari China diuji
Kementerian Kesihatan (KKM) mula melaksanakan ujian air kumbahan pesawat dari luar negara terutamanya negara-negara berisiko tinggi sejak Jun 2022.