KUALA LUMPUR:Sarawak giat melaksanakan operasi pengesanan kontak rapat di tapak-tapak pembinaan bagi mencegah penularan wabak COVID-19.
Tindakan ini adalah susulan daripada pengesanan dua kes positif COVID-19 baharu dalam kalangan pendatang asing tanpa izin (PATI) seperti yang dilaporkan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak pada Khamis.
Menurut kenyataan terkini yang dikeluarkan oleh JPBN Sarawak, dua lokasi pertama yang diberi tumpuan adalah tapak pembinaan Hospital Umum Sarawak dan bangunan lama Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Sarawak.
“Seramai 271 orang pekerja telah disaring. Daripada jumlah tersebut, 176 daripadanya adalah pekerja di tapak pembinaan Hospital Umum Sarawak (HUS), 81 kontraktor, manakala 14 adalah pekerja di bangunan lama INTAN Sarawak,” memetik kenyataan itu.
Tambahan laporan itu lagi, hasil daripada operasi bersepadu berkenaan, pihak Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Sarawak telah melakukan 25 tangkapan di mana ia melibatkan PATI tanpa permit yang sah.
“17 daripadanya adalah pekerja di tapak pembinaan HUS dan 8 pekerja di bangunan lama INTAN,” tambah kenyataan JPBN Sarawak.
Terdahulu, Pengerusi JPBN Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas memaklumkan empat kes positif COVID-19 telah dikesan di Sarawak di mana dua daripadanya melibatkan PATI warganegara Indonesia yang dipercayai memasuki negeri itu secara haram dari kawasan Lundu.
BACA: Sarawak laporkan pertambahan empat kes positif COVID-19 hari ini
Sementara itu, Sarawak tidak melaporkan sebarang pertambahan kes positif baharu COVID-19 pada hari ini. Jumlah keseluruhan bagi kes di negeri itu kekal 759 kes setakat ini.
Turut dimuatkan dalam kenyataan JPBN Sarawak, dua kes dilaporkan telah sembuh dan dibenarkan discaj masing-masing dicatatkan di Hospital Sibu dan Hospital Umum Sarawak (HUS).
“Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes postif COVID-19 yang telah pulih dan dibenarkan discaj setakat hari ini adalah 696 orang atau 91.70% dari jumlah keseluruhan kes COVID-19 di Sarawak,” Jelas kenyataan itu.
Antara lain, dua kluster kekal aktif di negeri itu. Kluster-kluster berkenaan adalah Kluster Bah Arnab di Kuching dan Kluster Putra di Bintulu.
Nickyson Nyambar
Fri Oct 16 2020

Tapak pembinaan di Hospital Umum Sarawak (HUS) antara dua lokasi tumpuan bagi operasi bersepadu yang dijalankan melibatkan saringan pengesanan kontak rapat antara PATI. - Facebook/Sarawak General Hospital

Vaksin COVID-19: 434,301 individu sudah lengkapkan dua dos suntikan
Jumlah keseluruhan pemberian dos pertama dan kedua vaksin COVID-19 di negara kini adalah 1,105,890

Olahraga: Keputusan atlet jangan jadikan isu - Nazmizan
Selepas tujuh bulan di bawah kendalian Dwayne Miller, Khairul Hafiz dan Muhammad Haiqal memilih untuk kembali bersama Mohd Poad.

Karya 'terbakar' pelukis Malaysia hiasi muka hadapan Time Magazine
Hasil karya pelukis Malaysia, Red Hong Yi, akan menghiasi di muka hadapan keluaran edisi khas Time Magazine.

VITAGEN sumbang 30,000 minuman susu kultur probiotik hargai barisan hadapan
Jay Queen berkata, program tanggungjawab sosial korporat (CSR) itu akan terus diperluas sebagai usaha pihaknya melahirkan rakyat dan negara yang sihat.

Ramadan 2021: 'Sambal Neraka' dan 'Hati Sukma' juadah istimewa kian pupus
Ramai tidak mengetahui ia sebenarnya adalah antara makanan warisan negara yang hampir pupus.

Niaga AWANI: Pembiayaan Dagangan | Apakah cabaran pembiayaan dagangan PKS ASEAN?
Kita ingin melihat kepada cabaran dalam pembiayaan dagangan bersama pengasas bersama DLT Ledgers, Samir Neji di Singapura.

ESSCOM kenal pasti tali barut penculikan di perairan ESSZONE Sabah
ESSCOM telah mengenal pasti tali barut yang terlibat dengan penculikan di perairan pantai timur Sabah.

Niaga AWANI: Pemulihan Ekonomi | Analisis data ekonomi minggu ini
Dan untuk bincangkan data-data ekonomi minggu ini dan apakah cabaran pemulihan ekonomi di Amerika, kita bersama Ketua Pakar Ekonomi Juwai IQI, Shan Saeed

AWANI Pagi: Segarkan ingatan kepada estidotmy
Ketahui apa manfaat dan pengisian Estidotmy yang berwajah baharu dalam AWANI Pagi bersama tetamu dari Akademi Sains Malaysia dan tenaga pengajar bidang sains dan teknologi (STEM) . #LembaranBaharu #Ramadan2021

AWANI Ringkas: R-Naught naik lagi | PKP dengan kebenaran solat tarawih, Jumaat

Bertahun lama menanti, mesin ATM akhirnya sampai di Gedong
Isu ketiadaan mesin ATM di kawasan itu hangat diperkatakan apabila penduduk terpaksa menempuh perjalanan jauh demi khidmat perbankan ini.

RM18 bilion diperuntuk bagi projek bekalan air seluruh Sarawak
Peruntukkan ini dilaksana di bawah Rancangan Malaysia ke-12 sebagai langkah proaktif Sarawak dalam menyelesaikan masalah bekalan air.

Menawan! Tikar kelasah komuniti Bidayuh terima Anugerah Kraf Cemerlang
Bertemakan Glow Tree of Life, tikar ini dihasilkan oleh Abot Gudang dengan kerjasama komuniti Bidayuh di Serikin, Sarawak.

Tarik minat pelajar, Cikgu Nancy berbusana tradisional ajar kelas dalam talian
Sanggup berbusana tradisional demi pembelajaran berkesan dan seronok, Cikgu Nancy pasti akan diingati pelajar apabila tamat sekolah kelak.

"Saya cari tin untuk sara hidup, ada yang kasihan, mereka akan bantu..."
Penyakit dihidapi membuatkan Aunty Ngu tidak kuat mencari rezeki sehingga memaksanya untuk bergantung harap dengan ihsan orang ramai.

Sarawak Memilih: Tindakan keluar parti tamparan buat PSB
Tindakan keluar parti 200 ahli PSB Ngemah, Sibu dilihat sebagai tamparan hebat buat PSB meneliti semula kepimpinan di akar umbi.

Menara Panggau Dayak selia adat budaya masyarakat Dayak
Dua menara akan dibina untuk memacu pertumbuhan ekonomi masyarakat Dayak di Sarawak

Stesen Hidrogen Bersepadu, PETROS bakal direalisasikan
Stesen Hidrogen Bersepadu, PETROS dilengkapi pam minyak, tempat pengisian gas hidrogen serta kemudahan mengecas kenderaan hybrid, seiring usaha ke arah teknologi hijau.

COVID-19: Sarawak giat laksana saringan dalam kalangan PATI
Tindakan ini susulan daripada kes positif COVID-19 melibatkan dua warga Indonesia seperti yang dilaporkan oleh JPBN pada Khamis.

JPBN Sarawak dalam usaha tingkatkan kapasiti ujian saringan COVID-19
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak kini dalam usaha meningkatkan kapasiti ujian saringan COVID-19 dan pasukan pengesanan kontak rapat.