KUCHING:Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg hari ini memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di tiga zon merah di negeri itu.
Tiga zon merah itu meliputi zon Kuching termasuk Samarahan dan Serian; zon Sibu termasuk Sarikei serta seluruh daerah Miri.
Selain PKPB, pergerakan rentas negeri ke tiga zon merah ini juga tidak dibenarkan kecuali mendapat kebenaran pihak polis.
Keputusan Abang Johari itu dinyatakan Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak pada sidang media harian COVID-19 pada Isnin.
"Ketua Menteri membuat dua keputusan iaitu pelaksanaan PKPB di tiga zon merah dan membatalkan semua program beliau sepanjang minggu ini.
"Dengan pelaksanaan PKPB itu, kita berharap ia dapat memutuskan rantaian COVID-19," katanya.
Selain itu Uggah yang juga Timbalan Ketua Menteri Sarawak berkata, 47 rumah panjang di Sarawak dilaksanakan sekatan pergerakan.
"Antaranya 21 rumah panjang di Sibu, Kapit dan Sebauh (enam); Julau (dua) dan Sri Aman satu rumah panjang," katanya.
Astro Awani
Mon Jan 11 2021

Tiga zon merah itu meliputi zon Kuching termasuk Samarahan dan Serian; zon Sibu termasuk Sarikei serta seluruh daerah Miri. - Foto Bernama.

AWANI Ringkas: PM setuju bentuk jawatankuasa penasihat Covid-19 | Niaga hadapan MSM dijangka merosot
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas (8:00AM).
![AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemaskini COVID-19 [18 Januari 2021] AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemaskini COVID-19 [18 Januari 2021]](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/TranscodedFile/6927595441610929097903/1886027_27846248341610929256993_640x360.jpg)
AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemaskini COVID-19 [18 Januari 2021]
AWANI Pagi membawakan kemaskini terkini mengenai berita dalam dan luar negara yang dilaporkan di www.astroawani.com bersama Geegee Ahmad dan Nursyazwani Saiful Sham.

Kawalan keselamatan diperhebat menjelang angkat sumpah Joe Biden Rabu ini
Di beberapa negeri, tunjuk perasaan dan demonstrasi meletus menjelang pelantikan Biden sebagai Presiden Amerika Syarikat ke-46.

COVID-19: Brazil lulus penggunaan kecemasan dua vaksin
Brazil kini memiliki 6 juta dos vaksin Sinovac dan sedia diedarkan dalam masa beberapa hari.

Terbuka Australia | 72 pemain tenis jalani kuarantin
72 pemain yang akan menyertai Kejohanan Tenis Terbuka Australia diarahkan untuk jalani kuarantin. Ini selepas ada kes positif COVID-19 dikesan dalam pesawat sewa khas ketiga yang tiba di Melbourne.

Unjuran Pasaran | Bursa dijangka didagang berhati-hati
Dagangan di Bursa Malaysia dijangka berhati-hati menjelang pengumuman Bank Negara mengenai kadar dasar semalaman pada Rabu. Ahli Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd Adam Mohamed Rahim berkata kemungkinan satu lagi pengurangan kadar oleh bank pusat tidak dapat dielakkan.

Unjuran Pasaran | Niaga hadapan MSM dijangka merosot
Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah di Bursa Malaysia Derivatives dijangka merosot minggu ini, didorong aktiviti pengambilan untung berikutan harga lebih tinggi. Interband Group of Companies berkata harga dijangka berada antara RM3,350 dan RM3,450 satu tan pada minggu ini.

Unjuran Pasaran | Ringgit dijangka uji paras psikologi 4.0
Ringgit mungkin menguji paras psikologi 4.00 berbanding dolar Amerika pada minggu ini. Ini di tengah-tengah jangkaan bahawa Bank Negara akan kekalkan kadar dasar semalaman pada 1.75 peratus minggu ini.

COVID-19 | Angka korban global melebihi 2.02 juta
Sementara itu, angka kematian akibat COVID-19 seluruh dunia kini melebihi 2.02 juta kes. Berdasarkan data Johns Hopkins University, Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan 397 ribu kes.

COVID-19 | Kes positif dunia melebihi 94.82 juta
Jumlah kumulatif kes positif COVID-19 seluruh dunia kini melebihi 94.82 juta kes. Ia berikutan pertambahan ratusan ribu kes baharu yang dikesan dalam tempoh 24 jam lepas.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![[EKSKLUSIF] 'Saya team Tok Nan, terus bangunkan Sarawak kerana ini mandat rakyat' - Abang Jo [EKSKLUSIF] 'Saya team Tok Nan, terus bangunkan Sarawak kerana ini mandat rakyat' - Abang Jo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-01/51610529653_abangjo.jpg)
[EKSKLUSIF] 'Saya team Tok Nan, terus bangunkan Sarawak kerana ini mandat rakyat' - Abang Jo
Hari ini, genap empat tahun Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg menggalas tanggungjawab sebagai Ketua Menteri Sarawak.

COVID-19: Sarawak putuskan PKPB di Kuching, Sibu dan Miri
Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg hari ini memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di tiga zon merah di negeri itu.

Acara rasmi Abang Johari di Miri dan Bintulu ditangguh
Semua acara rasmi Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg di Miri dan Bintulu pada 13 dan 14 Januari depan ditangguhkan kepada suatu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Terima kasih 'frontliners', anda adalah wira kami - Abang Johari
Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg menzahirkan perasaan terharu dengan dedikasi petugas barisan hadapan Sarawak yang bekerja keras menangani penularan wabak COVID-19 sepanjang tahun 2020.

Fadillah harap politik Sarawak terus stabil, yakin banyak kemajuan di bawah GPS
Ketua Whip Gabungan Parti Sarawak (GPS), Datuk Seri Fadillah Yusof berharap politik Sarawak akan terus stabil.

Abang Johari akan rasmi ulang tahun ke-200 Bau sebagai bandar perlombongan emas
Esok, 31 Disember 2020 merupakan hari penting bagi Bandar Bau apabila secara rasminya menyambut ulang tahun ke-200 sebagai bandar perlombongan emas.

Hargai petugas barisan hadapan, sambut Krismas cara sederhana - Abang Johari
Ketua Menteri Sarawak menzahirkan penghargaan terhadap petugas barisan hadapan dan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak dalam menangani penularan COVID-19 di negeri itu.

COVID-19: Vaksin percuma kepada rakyat Sarawak
Kerajaan Sarawak akan memberikan vaksin COVID-19 kepada penduduk negeri itu secara percuma.

Sarawak sasar tanam 35 juta pokok dalam tempoh lima tahun
Kerajaan negeri Sarawak beri jaminan akan terus komited untuk menanam 35 juta pokok di negeri itu dalam tempoh lima tahun.