Kenyataan mengenai bekalan beras di negara ini adalah mencukupi untuk sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), tidak merujuk kepada satu jenis jenama sahaja, tegas Menteri Kanan (Kluster Keselamatan).
Bercakap dalam sidang media harian COVID-19 di Putrajaya hari ini, beliau berkata, Jawatankuasa Khas Bekalan Makanan telah pun membuat tinjauan di 27 pasaraya, dan bekalan makanan asas masih boleh didapati dengan mudah.
“Satu yang saya nak tekankan di sini, bila kita sebut beras mencukupi, ia merujuk pada beras itu, bukan jenama beras. Jadi, mungkin ada orang tertentu, pihak tertentu yang favourite dia brand A, kalau brand A tidak ada bukan makna beras tidak ada. Beras mencukupi kerana kita melihat pada produk, bukan jenama.
“Jadi tidak timbul isu barang bekalan makanan sudah berkurangan tidak mencukupi, kerana dari segi tinjauan, masih boleh didapati dengan mudah,” katanya lagi.
Dalam pada itu, Ahli Parlimen Bera itu mengucapkan terima kasih kepada pengurusan pasaraya kerana melaksanakan penjarakan sosial dalam premis masing-masing.
“Terima kasih kepada hypermarket, pasaraya, kerana banyak yang patuhi arahan untuk penjarakan sosial ini. Saya difahanmkan banyak supermarket yang membuat had jumlah kemasukan (ke dalam premis masing-masing).
“Dan saya nak ucap terima kasih kepada pengguna, yang patuh kepada arahan ini. Saya difahamkan, ada di sesetengah tempat, queue panjang untuk beratur sebelum masuk, (tetapi) mereka menunggu dengan penuh sabar,” katanya lagi.
Firdaus Azil
Sun Mar 29 2020
Jawatankuasa Khas Bekalan Makanan telah pun membuat tinjauan di 27 pasaraya, dan bekalan makanan asas masih boleh didapati dengan mudah. - Gambar hiasan
Kerajaan terus perkasa TVET, penuhi keperluan industri & teknologi – TPM
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, TVET bukan saja membuka peluang kerjaya, malah menjadi pemangkin kepada pembangunan negara.
Warga emas guna PPR sebagai lokasi transit PATI
Seorang lelaki berusia 62 tahun ditahan oleh Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Kedah selepas menyimpan 22 PATI warga Myanmar di rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) miliknya di Kuala Nerang, Kedah sebelum dihantar ke ejen pekerjaan di Pulau Pinang.
Nilai ringgit kukuh, inflasi terkawal petanda positif lonjakan pertumbuhan negara
Nilai Ringgit yang kembali pulih, inflasi kekal terkawal serta kadar pengangguran kekal rendah merupakan antara petanda positif yang akan melonjakkan keyakinan terhadap pertumbuhan ekonomi negara.
Zon khas untuk jual barangan tanpa subsidi bakal diperkenal
Kerajaan bakal memperkenal zon khas di kawasan sempadan untuk penjualan barangan tanpa subsidi bagi menangani aktiviti penyeludupan dan ketirisan barang kawalan.
Jenazah bayi ditahan: Laporan KKM siap selewat-lewatnya minggu depan
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzukelfy Ahmad memohon orang ramai memberi ruang kepada siasatan, ekoran keunikan kes tersebut.
[TERKINI] Polis rakam keterangan empat individu, jenazah bayi dalam peti sejuk
Polis merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
AWANI Ringkas: Spekulasi Tengku Zafrul tinggalkan UMNO
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Kos haji meningkat atau kekal diumum pada Isnin
Pengumuman kos bagi mengerjakan haji bagi tahun hadapan akan dibuat pada Isnin sekali gus menjawab persoalan sama ada berlaku peningkatan atau kos dikekalkan.
WTF: Tang Jie-Ee Wei hampiri kejuaraan, cipta sejarah
Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menghampiri gelaran juara Jelajah Dunia Akhir (WTF) Persekutuan Badminton Dunia (BWF) selepas melangkah ke final edisi 2024 di Hangzhou, China, malam ini.
COVID-19: Satu jenama beras tiada, tidak bermaksud semua beras tiada - Ismail Sabri
Tinjauan Jawatankuasa Khas Bekalan Makanan di 27 pasaraya mendapati, bekalan makanan asas masih boleh didapati dengan mudah.