awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Umrah: Laksana segera syarat jaminan bank ke atas agensi pelancongan - Tiong
NADI laksana penilaian keselamatan susulan siri pecah masuk, kecurian di Johor
Kajian semakan, pembaharuan undang-undang maritim dilaksana secara berperingkat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Satu kluster baharu berkaitan sambutan Aidilfitri dikesan di Sarawak

Fadilah Sulaiman
Fadilah Sulaiman
28/05/2021
11:48 MYT
COVID-19: Satu kluster baharu berkaitan sambutan Aidilfitri dikesan di Sarawak
Sementara itu, Sarawak mencatat 698 kes baharu COVID-19 menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 45,436.
KUCHING: Satu kluster baharu diisytihar hari ini oleh Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (JKNS) di Simunjan, Sarawak yang telah merebak melalui aktiviti sosial kunjung-mengunjungi semasa sambutan Hari Raya Aidilfitri yang lalu.
Kluster Tengah Hulu Gedong, Simunjan itu merupakan satu kluster komuniti dan kes indeks merupakan seorang lelaki tempatan (Sarawak) berusia 34 tahun yang dikesan melalui saringan individu bergejala di Hospital Simunjan pada 18 Mei 2021 dan disahkan positif pada 19 Mei 2021.
Menurut kenyataan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, kes indeks yang bekerja sebagai posmen mula mengalami gejala dan menunjukkan tanda-tanda pada 16 Mei 2021 dipercayai mendapat jangkitan daripada komuniti.
"Hasil saringan ke atas sejumlah 154 individu melibatkan ahli keluarga dan kontak rapat kepada kes indeks ini mendapati tambahan 19 kes positif COVID-19 dari tiga lokaliti berlainan di daerah Simunjan.
"Manakala 62 kes didapati negatif sementara 72 kes masih menunggu keputusan ujian makmal. Kesemua kes positif COVID-19 ini telah dirujuk ke Hospital Simunjan dan telah dimasukkan ke PKRC di daerah Serian bagi tujuan pengasingan dan rawatan lanjut," kata kenyataan itu pada Jumaat.
Sementara itu, Sarawak mencatat 698 kes baharu COVID-19 menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 45,436.
Menurut laporan JPBN Sarawak, 401 kes bersamaan 57.45 peratus kes teah dikesan di daerah Sibu, Miri dan Kuching.
"Daripada 698 kes baharu yang dilaporkan, seramai 69 orang telah menunjukkan tanda dan mengalami gejala jangkitan COVID-19 semasa saringan dijalankan," katanya.
Dalam pada itu, empat lagi kes kematian direkodkan di mana kesemuanya merupakan warga emas mempunyai komorbiditi. Terdahulu, tiga kes telah dirujuk di Hospital Sri Aman manakala satu kes di Hospital Umum Sarawak.
Topic Berkaitan
#Kluster Aidilfitri
#Sarawak
#Kluster Tengah Hulu Gedong Simunjan
#JPBN Sarawak
#Kuching
#COVID-19
#Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan