awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis kenal pasti semua 40 mangsa kebakaran bar di pusat peranginan ski Switzerland
AS tidak akan mentadbir Venezuela, tetapi akan beri tekanan perubahan melalui sekatan minyak
Mayat jurulatih bola sepak Sepanyol ditemukan selepas tragedi kapal di Indonesia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Sekolah Antarabangsa St. Joseph Kuching ditutup tujuh hari

Nuzuluddin Abdul Razak
Nuzuluddin Abdul Razak
01/11/2020
08:34 MYT
COVID-19: Sekolah Antarabangsa St. Joseph Kuching ditutup tujuh hari
Semasa penutupan sementara Sekolah Antarabangsa St. Joseph, beberapa peperiksaan yang sedang berlangsung dipindahkan ke Sekolah Menengah Persendirian St. Joseph. - Foto Astro AWANI
KUCHING:Sekolah Antarabangsa St.Joseph ditutup tujuh hari bermula hari ini, 1 November sehingga 7 November 2020 susulan pengesahan kes COVID-19 melibatkan seorang pelajar.
Dalam satu kenyataan rasmi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) St.Joseph Private School Management Berhad, Christopher Chua, pelajar berkenaan telah disahkan positif COVID-19 selepas dijangkiti daripada ibunya.
Justeru pihak lembaga sekolah telah segera memaklumkan kepada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Jawatankuasan Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak dan Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) mengenai langkah susulan yang perlu diambil.
“Pihak sekolah sedang bekerjasama dengan erat bersama pihak berkuasa untuk mengambil langkah sewajarnya”,
“Pihak sekolah dinasihatkan oleh JKN untuk tidak mendedahkan maklumat tertentu, nama dan kelas pelajar tersebut”, jelasnya dalam kenyataan berkenaan.
enyataan rasmi mengenai penutupan sementara Sekolah Antarabangsa St Joseph. Sumber: Facebook/stjosephsfamilyofschools
Kenyataan rasmi mengenai penutupan sementara Sekolah Antarabangsa St Joseph. Sumber: Facebook/stjosephsfamilyofschools
Proses sanitasi akan dijalankan secara menyeluruh semasa tempoh penutupan sekolah dan beberapa peperiksaan yang sedang berlangsung terpaksa dipindahkan ke Sekolah Menengah Persendirian St Joseph.
“Kita telah memindahkan pusat peperiksaan untuk International General Certificate of Secondary Education (IGSE) dan A-Level ke Sekolah Menengah Persendirian St Joseph”,
“Pemindahan itu boleh dilakukan kerana pelajar yang positif tersebut tidak mempunyai sebarang kontak dengan para pelajar yang menduduki peperiksaan tersebut”.
Untuk rekod, sejumlah 212 institusi pendidikan di Daerah Kuching telah diarahkan tutup oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bermula 30 Oktober 2020 sehingga 13 November 2020 susulan pengisytiharaan Kuching sebagai Zon Merah COVID-19.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Kuching
#Sarawak
#sekolah
#tutup
#St Joseph
#sekolah antarabangsa
#kesihatan
#Kementerian Pendidikan
#pendidikan
#peperiksaan
#JPBN
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan