awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lapangan terbang Moscow ditutup akibat ancaman dron Ukraine
Polis kenal pasti semua 40 mangsa kebakaran bar di pusat peranginan ski Switzerland
AS tidak akan mentadbir Venezuela, tetapi akan beri tekanan perubahan melalui sekatan minyak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Sekolah asrama harian di Kuala Lumpur ditutup

Astro Awani
Astro Awani
19/01/2022
04:20 MYT
COVID-19: Sekolah asrama harian di Kuala Lumpur ditutup
Difahamkan kes pertama dikesan di sekolah tersebut pada Khamis lepas.
KUALA LUMPUR: Sebuah sekolah asrama harian di Kuala Lumpur diarahkan tutup selama tujuh hari berikutan beberapa kes COVID-19 dikesan dalam kalangan pelajar.
Dalam satu kenyataan oleh pengetua sekolah kepada ibu bapa pada Isnin, penutupan kelas berkuat kuasa bermula 17 Januari hingga 23 Januari bagi semua pelajar, kecuali pelajar semester 3 Tingkatan 6.
“Berikutan situasi semasa COVID-19 yang melanda warga sekolah, Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Lembah Pantai telah mengarahkan penutupan kelas bermula 17 Januari 2022 hingga 23 Januari 2022 setelah berlakunya kejadian pelajar sah dijangkiti penyakit COVID-19.
“Semua pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 6 (semester 1) akan menjalani Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) bermula 17 Januari 2022 hingga 21 Januari 2022,” menurut kenyataan itu.
Sekiranya tiada arahan susulan dari Pejabat Kesihatan Daerah Lembah Pantai atau Pejabat Pendidikan Daerah Bangsar/Pudu, semua pelajar akan kembali ke sekolah pada 24 Januari.
Menurut seorang bapa kepada dua pelajar yang disahkan positif COVID-19, difahamkan kes pertama dikesan di sekolah tersebut pada Khamis lepas.
Salah seorang daripada anaknya yang merupakan pelajar di asrama akan dihantar ke Pusat Kuarantin dan Rawat COVID-19 (PKRC) di MAEPS, Serdang hari ini.
Astro AWANI masih mendapatkan pengesahan lanjut daripada pihak pengurusan sekolah.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#sekolah
#kluster
#asrama
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan