awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laungan ‘Bebas Bosku’ bergema di Kompleks Mahkamah
Ringgit teruskan aliran mengukuh, cecah lagi paras tertinggi dalam lima tahun
Seorang rentung, lebih 30 rumah setinggan terbakar di Tatau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Sekolah Kebangsaan Lekir, Sitiawan pula ditutup

Aida Aziz
Aida Aziz
14/10/2020
10:45 MYT
COVID-19: Sekolah Kebangsaan Lekir, Sitiawan pula ditutup
Pihak sekolah juga disarankan untuk untuk melaksanakan sanitasi di premis masing-masing dan mengamalkan SOP ketat kepada semua pelawat, ibu bapa, murid, pelajar serta guru. - Gambar fail
IPOH:Jabatan Pendidikan Negeri Perak memutuskan untuk menutup satu lagi sekolah di negeri ini iaitu SK Lekir Batu 8, Sitiawan susulan terdapat kes positif COVID-19.
Ia menjadikan jumlah sekolah yang ditutup akibat kes positif COVID-19 di negeri ini sebanyak tujuh berbanding enam sekolah sebelumnya di daerah Larut, Matang dan Selama.
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, NGO dan Masyarakat Sivil negeri, Razman Zakaria berkata tujuh buah sekolah itu ialah; SMK King Edward VII, Taiping, SMK (P) Treacher Methodist, Taiping, SMK Bukit Jana, Kamunting, SK Taman Jana, Kamunting, SK Convent Kota, Taiping,SK Ulu Mengkuang, Selama dan SK Lekir Batu 8, Sitiawan.
"Mesyuarat Khas Majlis Keselamatan Negara mengenai pengurusan COVID-19 yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri memutuskan mana-mana sekolah yang mempunyai kes postif COVID-19 perlu ditutup untuk tempoh 7 hari tanpa menunggu analisa risiko oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
"Penutupan sekolah dibuat bagi membolehkan kerja-kerja pembersihan dan disinfeksi dijalankan." katanya dalam kenyataan pada Rabu. BACA: JEJAK COVID-19: Data dan informasi setakat ini
Razman berkata, pihak sekolah juga disarankan untuk untuk melaksanakan sanitasi di premis masing-masing dan mengamalkan SOP ketat kepada semua pelawat, ibu bapa, murid, pelajar serta guru.
Khususnya mereka yang berada ataupun pulang dari kawasan yang berisiko bagi mengelakkan penyebaran wabak berkenaan.
"Diharapkan semua sekolah yang telah diarahkan ditutup ini mematuhi arahan Jabatan Pendidikan Negeri Perak dan ibu bapa tidak cemas serta panik dalam situasi terbaru ini.
"Di samping memberikan kerjasama dan mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh MKN dan KKM bagi memutuskan rantaian COVID-19 ini," katanya.
Topic Berkaitan
#data COVID-19
#Sekolah Kebangsaan Lekir Batu 8
#Jabatan Pendidikan Negeri Perak
#pelajar positif COVID-19
#Larut
#matang
#Selama
#Razman Zakaria
#Majlis Keselamatan Negara
#kes positif
#pendidikan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan