KUALA LUMPUR: Parti-parti politik dari pihak kerajaan, pembangkang dan blok bebas diseru agar bekerjasama sebagai satu pasukan dalam memulihkan negara daripada pandemik COVID-19.
Seruan itu dibuat 13 Badan Bukan Kerajaan dalam kenyataan media oleh Gabungan Melayu Islam pada Ahad.
Jelas gabungan itu, keadaan yang genting dihadapi oleh rakyat ketika ini perlu diselesaikan bukan dengan percakaran politik, tetapi penyelesaian yang tuntas.
"Dalam keadaan genting kini kami menyeru agar parti-parti politik dari pihak kerajaan, pembangkang dan blok bebas supaya bekerjasama sebagai satu pasukan dan tidak terus bercakaran sesama sendiri dan mengganggu proses pemulihan dari pandemik yang masih jauh dari reda ini.
"Selagi mereka terus bercakaran sambil saling melemparkan cemuhan dan kata-kata nista antara satu sama lain, selagi itulah permasalahan COVID-19 ini tidak akan tuntas," jelas kenyataan itu.
Malah defisit kepercayaan rakyat terhadap institusi Parlimen dan kuasa eksekutif Jemaah Menteri juga boleh dipulihkan.
Namun ia memerlukan tindakan telus serta kesungguhan setiap ahli politik dalam membendung COVID-19.
"Rakyat juga kini rata-rata sudah hilang kepercayaan terhadap institusi Parlimen dan kuasa eksekutif Jemaah Menteri.
"Ini dapat dipulihkan segera dengan membuktikan kepada rakyat, para politikus dapat membuktikan secara telus akan wujudnya kesungguhan dan kerjasama dalam membendung pandemik ini secara kolektif," jelas kenyataan itu lagi.
Bagaimanapun, jika penyelesaian yang segera dan tegas tidak dapat dilaksanakan, dikhuatiri akan memberi kesan kepada kedudukan ekonomi negara sekaligus menyebabkan hala tuju pembangunan negara terencat.
Gabungan itu turut mengemukakan tiga cadangan mendesak kerajaan agar mengusulkan dengan segera kepada Yang di-Pertuan Agong.
Ia termasuk menyambung tempoh darurat kepada satu tarikh yang dianggap munasabah oleh Baginda bertujuan menstabilkan keadaan politik dan mengawal penularan pandemik COVID-19 yang semakin meruncing.
"Mewujudkan Majlis Gerakan Negara Pandemik bagi membolehkan Yang di-Pertuan Agong menentu serta memilih tokoh-tokoh yang dirasakan sesuai oleh Baginda untuk meneruskan pentadbiran.
"Dalam hal ini kami mencadangkan komiti MAGERAN tersebut harus diteraju secara non-partisan , bagi memastikan politik kepartian tidak mendahului kepentingan membela nasib rakyat.
"Ahli majlis mestilah yang berjiwa rakyat bukan mereka yang ingin menjaga kepentingan modal atau kepentingan jangka pendek kerana kita perlu melakukan reset yang bermakna pada sistem ekonomi dan politik sekarang," jelas Gabungan itu lagi.
Turut dicadangkan, Pilihan Raya Umum ke-15 diadakan sebaik sahaja tempoh MAGERAN itu tamat iaitu pada Mei 2023 atau lebih awal bagi mengembalikan hak memilih kerajaan kepada rakyat.
Demikian jelas kenyataan gabungan itu terdiri daripada Pertubuhan Pembela-Pembela Islam ( PEMBELA), Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM), Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia ( PPMM), Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).
Amal Sejagat Malaysia, Himpunan Anak Kedah Malaysia (HaKEM), Gabungan Demi Melayu, Majlis Tindakan Ekonomi Melayu Bersatu Berhad (MTEM), Gerakan Ekonomi Malaysia (GEM), Pertubuhan Pembangunan & Inovasi Wanita (WADI Malaysia), PAKAR Malaysia, Pertubuhan Sinar Rahmah dan MyVoice Malaysia.
Fareez Azman
Sun Aug 01 2021

Gabungan itu menyeru agar parti-parti politik dari pihak kerajaan, pembangkang dan blok bebas bekerjasama sebagai sebuah pasukan dalam memulihkan negara daripada pandemik COVID-19. - Gambar fail

Penghantar barang ditahan curi bungkusan berisi emas pelanggan
Penghantar barang ditahan curi bungkusan berisi emas pelanggan

Sultan Johor titah cadangkan tanah Orang Asli dijadikan Tanah Kesultanan
Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar bertitah mencadangkan tanah-tanah Orang Asli di negeri ini dijadikan Tanah Kesultanan.

12 lorong tambahan RFID di Lebuhraya Utara-Selatan mula beroperasi
Kerja-kerja menambah 12 lorong tambahan teknologi Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) di Lebuhraya Utara-Selatan kini sudah selesai dan telah mula beroperasi sejak 11 Mac lepas.

Restoran jijik diarah tutup, dapur kotor ada najis tikus
Semua premis makanan itu terletak di Jalan Sri Bintang, Taman Salak Selatan, Jalan Leboh Ampang, Jalan Kancil, Jalan Waras 1, Jalan Sarjana dan Bangsar Village.

Motosikal terbabas, remaja maut digilis bas di LPT2
Seorang remaja maut selepas digilis sebuah bas dalam nahas membabitkan tiga kenderaan dalam kejadian di kilometer 337.9 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) pada Sabtu.

Pentingkan keselamatan makanan di bulan Ramadan
Dalam usaha memastikan kebersihan makanan yang disediakan di Bazar Ramadan, KKM sentiasa menjalankan penguatkuasaan, pemantauan dan pemeriksaan sebelum, semasa dan selepas Ramadan.

Kempen 'Perhati dan Pilih' untuk pengunjung Bazar Ramadan
'Sama-sama Perhati dan Pilih di Bazar Ramadan" merupakan slogan KKM bagi memastikan pengunjung Bazar Ramadan menitik beratkan aspek keselamatan dan kebersihan pengendali makanan yang menjual juadah berbuka puasa.

Berang ditegur baca doa buka puasa laju, anak pukul bapa
Suspek berumur 34 tahun itu dipercayai berang setelah ditegur mangsa kerana membaca doa berbuka puasa dengan laju.

Pegawai ditahan: Imigresen serah kepada SPRM, sedia beri kerjasama penuh
Jabatan Imigresen Malaysia tidak akan berkompromi terhadap salah laku melibatkan mana-mana pegawai dalam soal pelanggaran integriti.

Lelaki maut, wanita dikhuatiri lemas kereta terbabas ke dalam sungai
Anggota bomba melakukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) wanita yang hanyut di sekitar sungai berkenaan.

Amalkan langkah kesihatan awam sepanjang Ramadan - KP Kesihatan
Orang ramai digalakkan terus mengamalkan langkah-langkah kesihatan awam bagi melindungi diri, keluarga dan masyarakat sepanjang menjalani ibadah puasa tidak lama lagi.

COVID-19: Biden tandatangan RUU, pengubahan status asal usul wabak
Biden berkata pentadbirannya akan mengambil kira keselamatan negara apabila memutuskan perkara yang akan dikeluarkan.

Penasihat WHO gesa China beri semua data asal usul COVID-19
Urutan itu mencadangkan bahawa anjing rakun terdapat di pasar itu dan mungkin juga telah dijangkiti oleh koronavirus.

Pengalaman petugas HKL hadapi COVID-19 dibukukan
Pengalaman petugas Hospital Kuala Lumpur (HKL) melawan wabak COVID-19 tiga tahun lepas diceritakan dalam sebuah buku bertajuk 'Coffee Table Book COVID-19 HKL' yang dilancarkan hari ini.

DKD Industri Muzik buka peluang hasil karya berkualiti tinggi
Selaras dengan komitmen kerajaan untuk menyemarakkan industri kreatif, seni dan budaya, Dana Kandungan Digital (DKD) Industri Muzik akan dibuka mulai 23 Mac ini.

Trend kejadian keracunan makanan di Perak meningkat tahun lepas
Bagi tempoh dua bulan pertama tahun ini pula, sebanyak enam kes keracunan makanan dicatatkan.

Pulau Pinang yakin capai pertumbuhan KDNK 5.4 peratus menjelang 2025 - Ketua Menteri
Pulau Pinang 2030 akan meningkatkan keupayaan negeri untuk memenuhi unjuran pertumbuhan KDNK sebanyak 5.4 peratus menjelang 2025, kata Ketua Menterinya Chow Kon Yeow.

CEO Pharmaniaga letak jawatan
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Pharmaniaga Bhd Datuk Zulkarnain Md Eusope telah meletakan jawatan berkuat kuasa hari ini.

Malaysia bakal hantar 677 atlet ke Sukan SEA Kemboja 2023
Malaysia bakal menghantar 677 atlet (403 lelaki, 274 wanita) dan 237 pegawai ke Sukan SEA ke-32 di Phnom Penh, Kemboja bermula 5 hingga 17 Mei ini.

Dewan Perwakilan AS sebulat suara undi nyahklasifikasi asal usul COVID-19
DEWAN PERWAKILAN AS SEBULAT SUARA UNDI NYAHKLASIFIKASI ASAL USUL COVID