KUALA LUMPUR:Seorang ahli Royal Lake Club (RLC) disahkan positif COVID-19, sementara empat lagi masih menunggu keputusan ujian saringan itu.
Memetik laporan sebuah portal tempatan, berdasarkan semakan, individu tersebut mempunyai kontak rapat dengan seorang tetamu yang mengunjungi rumahnya antara 15 dan 18 November lalu.
"Pada Sabtu lalu, ahli kelab kami dimaklumkan tetamu yang tidak mengalami sebarang gejala itu positif COVID-19," kata RLC dalam satu kenyataan hari ini.
Kenyataan tersebut juga memberitahu, individu berkenaan juga menyertai kelas yoga dengan tiga lagi ahli kelab itu serta jurulatih pada 17 November lalu.
Kata kenyataan itu, kesemua mereka telah dinasihatkan untuk tidak mengunjungi RLC sehingga disahkan negatif.
Ekoran itu, katanya, beberapa kawasan termasuk dewan rekreasi kelab tersebut ditutup sementara sehingga 26 November bagi proses sanitasi.
Kesemua aktiviti termasuk kelas yoga yang dijadualkan dalam tempoh itu dibatalkan.
RLC yang dibina pada 1890 merupakan kelab rekreasi kedua di Lembah Klang yang ahlinya disahkan positif jangkitan itu.
Sebelum ini tujuh kes COVID-19 dilaporkan di Royal Selangor Golf Club, awal bulan ini.
Ikuti perkembangan terkini perkembangan COVID-19 di sini
Astro Awani
Tue Nov 24 2020

Berdasarkan semakan, individu tersebut mempunyai kontak rapat dengan seorang tetamu yang mengunjungi rumahnya antara 15 dan 18 November lalu.

WHO di Wuhan | Siasat asal-usul COVID-19, jangka makan masa lama
Bekas Pegawai Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran agar orang ramai tidak menaruh harapan yang tinggi terhadap tinjauan pasukan WHO di Wuhan, China yang dikatakan bagi menyiasat asal-usul wabak COVID-19.

Gempa Sulawesi | 15 disahkan maut, 15,000 mangsa diarah berpindah keluar
Sekurang-kurangnya 15 maut dalam kejadian gempa bumi bermagnitud 6.1 pada skala richter di Sulawesi, Indonesia pada 2.28 pagi Jumaat.

Pelanggan sah positif COVID-19, WTC ditutup sementara waktu
Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) pada Jumaat mengesahkan salah seorang pelanggannya positif COVID-19.

Harimau dahan betina ditemui mati dipercayai dilanggar kenderaan
Seekor harimau dahan betina dewasa ditemui mati dipercayai akibat dilanggar kenderaan di Jalan Tapah-Bidor, Tapah petang semalam. it

PKP 2.0: Toyota, Honda tutup kilang di Malaysia
Dua syarikat automotif dunia, Toyota Motor (Toyota) dan Honda Motor (Honda) menutup operasi di beberapa kilang di Malaysia susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membendung penularan COVID-19.

Tabung Haji | Jaminan kerajaan kepada TH akan dipertahankan
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menegaskan Jaminan Kerajaan kepada lebih 9 juta pendeposit tetap Tabung Haji (TH) terus dipertahankan.Jelasnya, perbincangan diantara pihaknya dan Menteri Kewangan sebelum ini hanyalah mengenai isu penstrukturan semula yang bakal membawa keberhasilan yang tinggi kepada Tabung Haji.

Menyamar jadi polis samun warga asing, ditangkap
Polis Seberang Perai Utara (SPU), Pulau Pinang menahan dua lelaki tempatan yang menyamar sebagai anggota polis sebelum bertindak menyamun dan mencuri motosikal warga asing di daerah itu. Kedua dua lelaki berusia 28 dan 29 tahun itu ditahan dalam Op Cantas dan Lejang di Penaga Kepala Batas, Pulau Pinang kira kira jam 9 malam Khamis.

Apa fungsi Jawatankuasa Khas jika Kabinet berfungsi seperti biasa?
Sekiranya Kabinet berfungsi seperti biasa, apa keperluan untuk menubuhkan Jawatankuasa Khas bagi Proklamasi Darurat, soal Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Salahuddin Ayub.

Bot karam | Berenang lebih tujuh jam selamatkan diri
Tercampak dari bot. Terapung dan berenang selama tujuh jam dalam badaian ombak besar. Kuatkan diri, cekalkan hati, dia akhirnya selamatkan sampai sehingga ke daratan. Itu pengalaman yang diceritakan Asman Mohamad, salah seorang mangsa yang terselamat dalam insiden bot tunda karam. Tapi dia sayu, mengenangkan kapten bot terbabit, yang juga ayah kandungnya yang masih tidak dijumpai.

COVID-19 | Peniaga kecil Sibu akur pelaksanaan PKP
Bagi peniaga kecil dan penjaja di Sibu episod lama berulang, periuk nasi mereka sekali lagi terjejas. Namun mereka akur. Kerana yang paling penting ketika ini rantaian COVID-19 dapat diputuskan.

COVID-19: Seorang ahli Royal Lake Club disahkan positif, empat lagi tunggu keputusan
Seorang ahli Royal Lake Club (RLC) disahkan positif COVID-19, sementara empat lagi masih menunggu keputusan ujian saringan itu.