Berikutan satu kes positif COVID-19 yang melibatkan seorang anggota kerja di ibu pejabat SIRIM di sini pada Selasa, SIRIM telah mengambil langkah sewajarnya untuk memastikan keselamatan awam dan mencegah sebarang potensi risiko penyebaran virus itu.
Menurut satu kenyataan hari ini, kawasan yang terlibat serta kawasan guna sama telah pun menjalani proses sanitasi.
"Kami juga telah mengambil langkah seterusnya seperti menyediakan ‘hand-sanitizer’ di kawasan-kawasan awam di bangunan SIRIM di sini dan juga di negeri-negeri; melakukan penapisan pelawat di pintu-pintu masuk serta meningkatkan frekuensi pembersihan dan menyahjangkit di kawasan yang tinggi jumlah pelawat dan penggunaannya setiap hari," menurut kenyataan itu.
Anggota kerja yang mempunyai kontak rapat dengan anggota kerja yang positif COVID-19 itu juga telah menjalani ujian seperti yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan dan juga telah memulakan kuarantin.
Pejabat-pejabat SIRIM di lokasi lain tidak terbabit dengan penyebaran virus itu walaubagaimanapun langkah-langkah pencegahan serupa turut diambil.
Kami akan sentiasa memantau keadaan COVID-19 ini dan memastikan langkah-langkah sewajarnya diambil untuk memastikan kesejahteraan anggota kerja, pelanggan dan pemegang kepentingan SIRIM.
Astro Awani
Wed Mar 11 2020
Pejabat-pejabat SIRIM di lokasi lain tidak terbabit dengan penyebaran virus itu walaubagaimanapun langkah-langkah pencegahan serupa turut diambil. - Gambar fail
MTDC Sokong Peluncuran Dana MySTI, Perkasa Teknologi Tempatan
Malaysian Technology Development Corporation (MTDC) melancarkan Dana Uji Beli (DUB) dan Dana Mudah Cara (DMM) MySTI, sebuah iniasitif baharu bagi mempercepatkan usaha pengkomersialan hasil penyelidikan dan pembangunan (R&D) negara.
Batu Puteh: Dr Mahathir balas kenyataan tiga bekas menteri Kabinet
Dr Mahathir turut membangkitkan persoalan sama ada perlu beliau meminta anggota Kabinet ketika itu untuk menyatakan pendapat mereka.
Pantau Agenda Reformasi: Tangani kenaikan harga premium insurans, takaful kesihatan
Ikuti kupasan Provost, Malaysia University of Science & Technology (MUST), Prof. Emeritus Dr. Barjoyai Bardai mengenai enam syor Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan tangani kenaikan harga premium insurans & takaful.
Pelabur harus memiliki mata wang Bitcoin - Thomas Peterffy
Pengasas syarikat broker runcit Interactive Brokers Group, Thomas Peterffy menyarankan pelabur untuk memiliki sedikit mata wang kripto, Bitcoin.
Pengeluaran getah asli Malaysia catat peningkatan 20.6 peratus
Pengeluaran getah asli Malaysia catat peningkatan 20.6 peratus pada Oktober 2024 dengan 38,400 tan berbanding 31,847 tan pada September 2024.
Korean Air selesai pembelian jangka panjang Asiana Airlines
Syarikat penerbangan Korean Air menyelesaikan pembelian jangka panjang terhadap pesaingnya, Asiana Airlines yang kini dalam krisis hutang.
Jumlah import eksport barangan China naik 4.9 peratus 11 bulan pertama
Jumlah import dan eksport barangan China mencapai RMB39.79 trilion (RM24.3 trilion) dalam 11 bulan pertama tahun ini, naik 4.9 peratus tahun ke tahun.
4.1 juta pencarum miliki amaun permulaan, RM 14.5 bilion dipindah
Seramai 4.1 juta atau 31.6 peratus daripada jumlah keseluruhan ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di bawah umur 55 tahun memilih mempunyai amaun permulaan dalam Akaun Fleksibel dengan jumlah perpindahan sebanyak RM14.5 bilion
Nilai ringgit dijangka terus kukuh menjelang akhir 2025
Nilai ringgit dijangka terus kukuh menjelang akhir 2025
MIC cadang mekanisme khusus kawal kos rawatan hospital swasta
MIC mencadangkan supaya kerajaan dapat mewujudkan mekanisme khusus yang dapat mengawal kos rawatan di hospital swasta.
COVID-19: Seorang positif, SIRIM ambil langkah pencegahan
Kawasan yang terlibat serta kawasan guna sama telah pun menjalani proses sanitasi.