PUTRAJAYA: Hospital awam negara tidak berdepan dengan tekanan yang serius meskipun berlaku peningkatan kes COVID-19 sejak kebelakangan ini, kata Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN), Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menurut beliau, berdasarkan laporan yang dibentangkan oleh Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, kira-kira 99 peratus pesakit berada dalam kategori satu dan dua. 

"Saya fikir keadaan masih lagi dalam baik, memang ada petanda peningkatan dari semasa ke semasa tetapi kalau mengikut laporan tadi hampir 99 peratus kes (COVID-19) daripada kategori satu dan dua.

"Sebab itu saya tak nampak muka menteri (kesihatan) tadi cukup bimbang seperti yang saya lihat dua tahun lepas. Maksudnya situasi semakin baik," katanya pada pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat  MPN ke-15/2022 di sini, pada Selasa.

BERITA LANJUT MENYUSUL