awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Muhyiddin letak jawatan Pengerusi PN
Pas bakal putuskan status hubungan dengan Bersatu
Murid sekolah tak wajib pakai tali leher mulai tahun hadapan - KPM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: SOP membantu, tetapi vaksin lebih berkesan - Dr M

Nursyazwani Saiful Sham
Nursyazwani Saiful Sham
26/08/2021
02:18 MYT
COVID-19: SOP membantu, tetapi vaksin lebih berkesan - Dr M
Walaupun sukar dan agar tertekan dengan keadaan ketika ini, jelas Dr Mahathir, sekiranya arahan ini tidak diamalkan, lebih ramai yang akan dijangkiti dan jumlah kematian juga meningkat. - Foto fail
KUALA LUMPUR : "Segera dapatkan suntikan vaksin," itu saranan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang turut menyifatkan langkah itu untuk menyelamatkan diri dari COVID-19.
Menerusi catatan baharu di blog peribadinya, Ahli Parlimen Langkawi itu turut menggesa agar rakyat Malaysia terus patuh kepada prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
Walaupun sukar dan agar tertekan dengan keadaan ketika ini, jelas Dr Mahathir, sekiranya arahan ini tidak diamalkan, lebih ramai yang akan dijangkiti dan jumlah kematian juga meningkat.
"Sehingga kini sudah 12,000 orang meninggal dunia kerana jangkitan COVID-19. Ramai yang tidak dapat dirawat di hospital dan menjadi teruk dan meninggal dunia. Ramai yang tak dapat makan, jauh sekali daripada pendapatan.
"Oleh kerana keadaan ini orang ramai perlu pandang serius wabak ini dan sanggup menerima segala tindakan untuk kurangkan kes baharu.
"Memang menekan apabila mengamal prosedur operasi standard (SOP). Memang sukar untuk patuh arahan memisah diri dengan jauh daripada orang lain sepanjang masa, memakai pelitup muka, membasuh tangan. Memang sukar untuk tidak ke pasar dan lain-lain.
"Tetapi jika tidak sanggup mengamal arahan ini, lebih ramai akan dijangkiti, dan maut setiap hari," ujarnya.
7. Satu cara yang penting ialah suntikan vaksin. Cuba dapat suntikan secepat mungkin. Kita lebih selamat jika disuntik. Ini sahaja cara menyelamat kita. SOP menolong tetapi vaksin lebih mampu selamat kita.
— Dr Mahathir Mohamad (@chedetofficial) August 26, 2021
5. Memang menekan apabila mengamal prosedur operasi standard (SOP). Memang sukar untuk patuh arahan memisah diri dengan jauh dari orang lain sepanjang masa, memakai pelitup muka, membasuh tangan. Memang sukar untuk tidak ke pasar dan lain-lain.
— Dr Mahathir Mohamad (@chedetofficial) August 26, 2021
4. Oleh kerana keadaan ini orang ramai perlu pandang serius wabak ini dan sanggup menerima segala tindakan untuk kurangkan kes baru.
— Dr Mahathir Mohamad (@chedetofficial) August 26, 2021
Apa yang penting jelasnya, SOP membantu untuk mengawal penularan namun vaksin adalah lebih berkesan untuk menyelamatkan nyawa.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#jangkitan
#jumlah kematian
#Langkawi
#Mahathir Mohamad
#pelitup muka
#Perdana Menteri
#vaksin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan