KUALA LUMPUR :Prosedur operasi standard (SOP) yang tidak seragam dan pengabaian nasihat kesihatan awam antara faktor Malaysia merekodkan kes baharu COVID-19 harian sebanyak 260 - yang kedua tertinggi sejak pandemik itu melanda negara.
Ini termasuk kelewatan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat secara Pentadbiran (TEMCO) serta sekatan perjalanan antara daerah di kawasan berisiko tinggi.
Menurut Pakar Perubatan Kesihatan Awam Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti Putra Malaysia (UPM) Prof Madya Dr Malina Osman, negara sedang berhadapan dengan gelombang baharu wabak membawa maut ini.
"Angka tiga digit kes baru serta jumlah kes aktif dan pesakit dalam Unit Rawatan Rapi (ICU) juga terus meningkat.
"Kita kini secara umum berhadapan pola kenaikan kes secara mendadak, sesuatu yang selama ini kita bimbangi serta kita sangat berharap ia tidak berlaku.
"Dari segi data, saya berpendapat sebahagian besar daripada peningkatan kes ini disebabkan oleh kes-kes jangkitan dari tempat yang dikatakan berisiko tinggi.
"Meskipun data tidak menyatakan secara jelas, namun angka sebelum itu jelas, ia adalah dari negeri Sabah," katanya kepada Astro AWANI.
Bagaimanapun, Dr Malina berkata, masih tidak terlambat untuk kembali menyusun strategi pematuhan kepada semua langkah SOP yang pernah dilakukan sebelum ini.
"Daripada segi kesihatan awam, sebaik sahaja kita sedari berlaku kesilapan, langkah segera perlulah diambil untuk mengelakkan kesan buruk yang lebih besar.
"Tempoh wajib kuarantin 14 hari perlu diperkenalkan segera dan dikuatkuasakan di tempat-tempat yang diwartakan.
"Paling utama, kita kembali merapatkan koordinasi strategi, saling membantu untuk kembali fokus dalam mencegah kenaikan kes, di samping melindungi mereka yang rentan," jelasnya.
Tambah beliau, negara perlukan polisi undang-undang yang mantap serta tidak berubah menurut keadaan.
"Polisi yang saya maksudkan, undang-undang berkaitan pencegahan perlu disandarkan pada hujah saintifik, ada sandaran ilmu dan kajian.
"Demikian juga jika ada perubahan secara saintifik, ia perlu diubah berdasarkan bukti tersebut.
"Para doktor dan kakitangan kesihatan berusaha untuk melindungi kesihatan awam dan semua yang dinasihatkan adalah menjurus untuk kepentingan masyarakat," kata Dr Malina.
Pihak kerajaan serta agensi terlibat sangat disyorkan mengambil dan melaksanakan segera semua pandangan dan nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) serta pakar kesihatan awam, tambahnya.
Afiezy Azaman
Thu Oct 01 2020

Negara perlukan polisi undang-undang yang mantap serta tidak berubah menurut keadaan. - Gambar hiasan

Bicara kes saman Mujahid berhubung isu Sajat bertelekung bermula 12 Julai
Bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri itu, yang memfailkan saman pada 12 Ogos tahun lepas.

Tumpuan AWANI 7:45 - Kuarantin di rumah tidak sesuai | Pemulihan aset terbesar
Tun Dr Mahathir Mohamad bimbang tindakan kuarantin di rumah merisikokan ahli keluarga lain. Ujar bekas Perdana Menteri itu, pesakit dijangkiti COVID-19 sepatutnya dikuarantin berasingan. Malaysia berjaya mendapatkan semula pemulangan aset 1MDB bernilai 3.9 bilion dolar Amerika daripada Goldman Sachs. Perinciannya di astroawani.com dan AWANI 7:45 malam ini.

Kumpulan lelaki cetus provokasi terhadap polis didakwa
Mereka didakwa atas pertuduhan melakukan provokasi terhadap penjawat awam serta melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ahli politik proses sendiri ganja, jual RM300 sebotol
Suspek pernah bertanding jawatan Naib Ketua Pemuda sebuah parti politik tahun lalu.

PKP 2.0 | Pasar Besar Kedai Payang kembali suram
Kemeriahan dan kerancakan aktiviti perniagaan di Pasar Besar Kedai Payang sekali lagi 'diragut' susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 yang dikuatkuasakan di negeri itu. Bagaimanapun peniaga yang menjual makanan dan lauk pauk masih meneruskan jualan seperti biasa.

Harga RON95, RON97 dan diesel naik
Kementerian Kewangan berkata ia berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).

COVID-19 | Papan tanda lokasi risiko tinggi di Los Angeles
Pihak berkuasa Los Angeles, California, meletakkan papan tanda di beberapa lokasi risiko tinggi COVID-19 di bandar itu. Ini ketika negeri itu bergelut untuk membendung gelombang baharu wabak tersebut, sambil memastikan akses vaksin yang mencukupi buat penduduknya.

Vaksin COVID-19 | Petani di California diutamakan terima vaksin
Kebanyakan negara mengutamakan petugas kesihatan dan warga emas untuk menerima vaksin COVID-19. Namun di California, Amerika Syarikat, golongan petani turut menjadi keutamaan bagi menjamin rantaian makanan negara itu tidak terputus.

Patuh SOP: Polis Terengganu edar risalah kesedaran santai
Polis Terengganu ambil insiatif edar risalah dan poster kesedaran di SJR negeri itu untuk mengingatkan masyarakat untuk mematuhi SOP.

Saringan COVID-19 | Kaedah RTK-Ag harus dikendali operator mahir
Ujian saringan COVID-19 jenis Rapid Test Kit Antigen (RTK-Ag) harus dikendalikan oleh operator yang terlatih. Jelas Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, ia juga harus dilakukan dalam tempoh masa lima ke tujuh hari selepas simptom.

COVID-19: SOP perlu diperketat kekang kadar penularan jangkitan - Pakar
Kadar kebolehjangkitan yang dicatatkan di Sarawak adalah 1.50 berbanding kadar kebolehjangkitan kebangsaan iaitu 1.14.

COVID-19: 12 kes kematian dan 3,170 kes baharu - Dr Noor Hisham
3,170 kes baharu dicatatkan, menjadikan jumlah kumulatif kes adalah 172,549.

COVID-19 di MRSM: MARA laksana SOP ditetapkan
Pihak maktab akan bekerjasama dengan pihak PKD untuk memudahkan urusan mengenalpasti kontak rapat untuk membuat saringan dan pengasingan.

Keliru dan celaru COVID-19: Sikap mahu jadi orang pertama, punca sebaran berita palsu
Orang ramai perlu bertanggungjawab dalam setiap apa yang dikongsi selain cakna untuk menyemak segala informasi diterima.

Pembelian vaksin COVID-19 turut ambil kira keperluan pekerja asing - MB Selangor
Pembelian vaksin COVID-19 oleh kerajaan negeri Selangor untuk penduduk negeri itu akan turut mengambil kira keperluan pekerja asing, kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.

Kluster COVID-19 libatkan majlis pengebumian dan tahlil, 35 yang disaring sah positif
Kluster yang diberi nama sebagai Kluster Kampung Balibata itu melibatkan daerah Beaufort dan Sandakan di Sabah.

COVID-19: 16 kluster baharu di 9 negeri, majoriti babit tempat kerja
Terdapat 16 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada Rabu, menjadikan jumlah kluster dalam negara bertambah kepada 685 kluster.

COVID-19: Selangor rekod kes tertinggi, ini tumpuan kenyataan media KKM
Ia diikuti dengan Kuala Lumpur (513 kes), Johor (470 kes), Sabah (406 kes) dan Sarawak (203 kes).

PKPD di kampung Orang Asli di Batang Padang, Perak esok - Ismail Sabri
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia akan bermula esok (21 Disember) hingga 3 Februari 2021.

Usah bimbang keselamatan dan keberkesanan vaksin Pfizer - Pakar
Rakyat Malaysia tidak harus bimbang dengan keberkesanan dan keselamatan vaksin dihasilkan syarikat farmaseutikal, Pfizer.