JOHOR BAHRU: Kementerian Pendidikan (KPM) akan memastikan sesi persekolahan akan terus berlangsung, meskipun terdapat peningkatan dalam kes baharu COVID-19 yang direkodkan secara harian pada ketika ini.
Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Radzi Jidin berkata, ia termasuk proses peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 yang turut akan diteruskan.
Katanya, keputusan itu dibuat berikutan peratusan pesakit baharu COVID-19 yang melibatkan kategori empat atau lima adalah kecil.
KPM juga mengambil kira pengalaman pelaksanaan SPM 2020 pada Februari lalu berjalan dengan lancar berpandukan prosedur operasi standard (SOP) yang lengkap di samping kadar vaksinasi dalam kalangan pelajar yang tinggi dengan lebih 90 peratus pelajar tingkatan 5 tahun ini sudah lengkap divaksin.
"Sebab itu dalam konteks COVID-19 ini kita perlu bergerak ke hadapan dan kami di KPM sentiasa berbincang dengan Kementerian Kesihatan (KKM).
“Pada masa ini kita dapat teruskan sesi sekolah dengan selamat dan teratur selagi mana segala pihak dalam ekosistem pendidikan ini patuh dengan SOP yang telah ditetapkan,” jelasnya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam sidang media selepas menghadiri majlis Sesi Libat Urus Bersama Warga Pendidik dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Kota Iskandar, di Johor Bahru, hari ini.
Sementara itu, pihaknya turut akan bekerjasama dengan KKM untuk memastikan perjalanan operasi persekolahan dilakukan dengan mematuhi SOP yang ditetapkan.
Beliau menegaskan, ibu bapa perlu memainkan peranan dalam menggalakkan anak-anak mereka yang berusia antara 5 hingga 11 tahun untuk mendapatkan suntikan vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kanak-kanak (PICKids).
Astro Awani
Sat Feb 12 2022
Menteri Kanan Pendidikan Datuk Radzi Jidin bercakap pada semasa menghadiri Sesi Libat Urus Bersama Warga Pendidik dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Johor Bahru di sebuah hotel hari ini. - Foto BERNAMA
Malaysia capai sasaran sejuta pelancong dari India setakat November - Tiong
Malaysia telah berjaya mencapai sasarannya bagi tahun ini untuk menarik kehadiran sejuta warga India.
Indonesia perkukuh keterjaminan minyak ekoran penurunan pengeluaran dan ketidakstabilan global
Gangguan pada rantaian bekalan global akibat konflik antarabangsa yang semakin memuncak menyebabkan ketidakstabilan harga minyak dunia.
Pertandingan sukan luncur ombak pertama di Bachok tarik lebih 2,000 pengunjung
Pertandingan sukan luncur ombak yang pertama kali diadakan di Pantai Impian Kemasin akan dijadikan sebagai acara tahunan setiap kali musim tengkujuh di Kelantan.
Dua kapal tangki bertembung di laut hitam akibat ribut - Rosmorrecheflot
Dua kapal tangki, Volgoneft 212 dan Volgoneft 239 berlanggar di Laut Hitam akibat ribut dan mengakibatkan tumpahan petroleum.
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
COVID-19: SPM 2021 tetap diteruskan, sekolah akan terus dibuka - Radzi Jidin
Kementerian Pendidikan (KPM) akan memastikan sesi persekolahan akan terus berlangsung, meskipun terdapat peningkatan dalam kes baharu COVID-19 yang direkodkan secara harian pada ketika ini.