awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Muhyiddin letak jawatan Pengerusi PN
Pas bakal putuskan status hubungan dengan Bersatu
Murid sekolah tak wajib pakai tali leher mulai tahun hadapan - KPM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Terengganu batal penganjuran bazar Ramadan

Bernama
Bernama
30/03/2020
06:03 MYT
COVID-19: Terengganu batal penganjuran bazar Ramadan
Tiada bazar Ramadan di Terengganu tahun ini bagi elak COVID-19. Gambar hiasan/ Bernama.
Kerajaan Negeri Terengganu pada Isnin mengumumkan pembatalan penganjuran bazar Ramadan tahun ini, bagi mengekang penularan COVID-19, kata Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri, Dr Alias Razak.
Beliau berkata, perkara itu dipersetujui pada Mesyuarat Jawatankuasa Khas Keselamatan Negeri (JKKN) Terengganu Bagi Menangani COVID-19 yang dipengerusikan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, pada Ahad.
"Memandangkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah dilanjutkan lagi sehingga 14 April iaitu 10 hari sebelum Ramadan dan mengambil kira suasana tidak menentu ketika ini, kerajaan negeri telah mengkaji kesesuaian pelaksanaan bazar Ramadan tahun ini.
"Ini disebabkan risiko berlakunya kontak rapat adalah amat besar dan akan memberi kesan kepada kebarangkalian untuk berlaku penularan semula COVID-19 sekaligus merencatkan usaha kerajaan untuk membasmi wabak ini sepenuhnya.
"Bagi mencapai hasrat pembasmian wabak ini secara total, kerajaan negeri meminta semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Terengganu membatalkan penganjuran bazar Ramadan tahun ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
BACA: COVID-19: Tiada bazar Ramadan di Negeri Sembilan tahun ini
BACA: Mungkin tiada bazar Ramadan di Kelantan tahun ini - MB
Sehubungan itu, Dr Alias berkata kerajaan negeri menyarankan kepada para peniaga bazar Ramadan untuk membuat persediaan akibat pembatalan ini dengan mempertimbangkan pilihan lain bagi menjana pendapatan.
"Peniaga disaran mengusahakan pemasaran perniagaan secara dalam talian, perkhidmatan penghantaran ke rumah untuk sebarang bentuk produk termasuk makanan, menggunakan platform seperti GrabFood, Foodpanda atau yang seumpama dengannya.
"Kerajaan negeri telah pun memperhalusi perkara ini dengan sebaiknya dan pembatalan ini dibuat setelah mengambil kira kemaslahatan kesihatan serta nyawa semua pihak. Semoga kita semua dikurniakan kekuatan dan ketabahan dalam menempuhi ujian ini," katanya.
Sebelum ini, Negeri Sembilan memutuskan untuk membatalkan penganjuran bazar Ramadan di semua kawasan PBT di negeri itu sebagaimana diumumkan Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun pada 26 Mac lepas.- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bazar Ramadan
#Dr Ahmad Samsuri
#Dr Alias Razak
#kontak
#Menteri Besar
#pencegahan covid
#PKP
#risiko
#terengganu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan