BANGKOK:Thailand kini seolah-olah berlumba dengan masa dalam usaha mengesan kontak bagi mengekang gelombang baharu penularan COVID-19 selepas tiga rakyatnya yang memasuki negara itu secara haram dari Myanmar dan mengelak menjalani kuarantin wajib di kemudahan negara telah diuji positif virus berbahaya itu beberapa hari kemudian.
Dalam perkembangan terkini, dua wanita rakyat Thailand berusia 23 dan 26 tahun yang berjaya mengelak pemeriksaan imigresen telah diuji positif COVID-19 pada Ahad.
Pada Selasa pula, seorang wanita rakyat Thailand berusia 29 tahun kembali dari Myanmar ke Mae Sai di Chiang Rai melalui sempadan darat dan kemudian menaiki bas awam ke Chiang Mai. Wanita itu juga melanggar kuarantin wajib dan telah diuji positif beberapa hari kemudian.
Ketua Kesihatan Awam Chiang Rai Thossathep Boonthong berkata ketika mengenal pasti kontak rapat kes pertama, para pegawai kesihatan mengenal pasti dua rakannya yang bekerja di pusat hiburan sama di pekan sempadan Tachileik di Myanmar.
"Para pegawai Kesihatan Awam telah mengenal pasti sekurang-kurangnya 30 orang yang mungkin mempunyai kontak dengan kedua-dua pesakit baharu itu," katanya pada sidang akhbar pada Isnin.
Sementara itu, Gabenor Chiang Rai Prachon Pratsakul berkata para pegawai Kesihatan Awam telah mengenal pasti sekurang-kurangnya 356 orang di Chiang Rai dan Chiang Mai yang mungkin terdedah kepada ketiga-tiga pesakit baharu termasuk pelanggan sebuah pusat beli-belah, pawagam dan restoran selain penumpang dan pemandu van serta bas awam.
Beliau berkata para pegawai Kesihatan Awam telah meningkatkan saringan bagi mengekang penularan COVID-19 di negara itu.
Media tempatan melaporkan bahawa lebih 150 orang di Chiang Mai dan Chiang Rai telah menjalani saringan dan diuji negatif COVID-19.
Sementara itu, Prachon berkata rakyat Thailand yang bekerja di pekan sempadan Thailand-Myanmar ingin kembali ke tanah air selepas Myanmar mengenakan perintah berkurung dari waktu tengah malam sehingga 4 pagi bagi membendung penularan COVID-19.
Beliau berkata sesetengahnya telah jatuh sakit dan ingin kembali ke Thailand untuk mendapatkan rawatan.
"Bagaimanapun, ramai yang memilih untuk menyeberang sempadan secara haram. Justeru itu, kami berharap rakyat Thailand yang ingin pulang ke tanah air akan menggunakan saluran yang sah untuk memasuki negara bagi mencegah penularan baharu COVID-19," katanya.
Sepanjang 24 jam lepas, Thailand telah mencatat 21 kes baharu COVID-19 dengan sifar kematian menjadikan jumlah keseluruhan kes di negara itu setakat ini ialah 3,998 dengan 60 kematian.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 30 2020
Jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 di Thailand setakat ini ialah 3,998 dengan 60 kematian. - Gambar fail
PRK Kuala Kubu Baharu: Isu akademik, Khairul Azhari mahu fokus pilihan raya
Calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu, Khairul Azhari Saut enggan mengulas kontroversi melibatkan kelayakan akademiknya yang tular.
AWANI Ringkas: Pertembungan PKR, PN, PRM & Bebas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Piala Asia B-23: Empat senario Indonesia buru tiket Olimpik Paris
Indonesia kini boleh bermimpi untuk beraksi di pentas Sukan Olimpik Paris tahun ini kerana mereka sekurang-kurangnya telah dijamin aksi playoff menentang Guinea.
KPJ Healthcare, Trustr bergabung untuk revolusi penjagaan kesihatan
Kolaborasi itu akan memfokuskan kepada memanfaatkan rangkaian kesihatan digital inovatif Trustr yang dipacu teknologi AI.
UMT bakal miliki rumah alumni bernilai RM2.2 juta
Universiti Malaysia Terengganu (UMT) merancang memiliki rumah alumni sebagai pusat sehenti, bagi memperkukuh jaringan kerjasama dengan bekas pelajar, industri dan universiti.
Piala Thomas: Pengalaman Aaron Chia-Soh Wooi Yik gagal ditandingi beregu Hong Kong
Hanya 26 minit sahaja diperlukan bekas juara dunia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik untuk memastikan Malaysia meraih mata kedua dalam saingan Piala Thomas pagi tadi.
Piala Thomas: Lee Zii Jia beri mata pertama buat Malaysia!
Pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia berjaya meraih kemenangan ke atas Lee Cheuk Yiu 21-18, 21-18 dalam perlawanan Kumpulan D pagi tadi.
Filem Oppa beri kesedaran jenayah love scam
Filem kesedaran mengenai jenayah LOVE scam bertajuk 'Oppa' bakal menemui anda pada 9 May ini dengan membawa mesej tentang penipuan dalam talian yang seringkali menyasarkan golongan wanita.
[INFOGRAFIK] Calon Perpaduan | N.06 Kuala Kubu Baharu
Apa yang perlu anda tahu tentang calon Perpaduan bagi PRK N.06 Kuala Kubu Baharu.
[INFOGRAFIK] Calon Perikatan Nasional | N.06 Kuala Kubu Baharu
Apa yang perlu anda tahu tentang calon Perikatan Nasional bagi PRK N.06 Kuala Kubu Baharu.
Thailand, 17 lagi negara gesa pembebasan segera tawanan di Gaza
Pemimpin 18 negara dalam satu kenyataan bersama menggesa pembebasan segera semua tawanan termasuk warganegara mereka sendiri yang ditahan Hamas di Gaza.
Malaysia perlu masa untuk teliti cadangan visa bersama enam negara ASEAN
Malaysia memerlukan lebih masa untuk meneliti cadangan Thailand mengenai program visa bersama dengan enam negara ASEAN lain.
Malaysia, Thailand tingkatkan kerjasama perangi jenayah rentas sempadan
Kerjasama itu telah dibincangkan ketika mesyuarat dua hala beliau dengan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri Thailand Anutin Charnvirakul pada Khamis.
Konflik Myanmar: ASEAN tegas kepentingan laksana Konsensus Lima Perkara
ASEAN tegaskan semula komitmen bantu Myanmar cari penyelesaian dengan mewujudkan persekitaran kondusif melalu pelaksanaan Konsensus Lima Perkara.
Suspek kes tembak di KLIA dipercayai cuba lari ke luar negara melalui Thailand
Suspek dipercayai membuat pemeriksaan kesihatan di sebuah hospital swasta lebih awal sebelum kejadian tembakan di KLIA berlaku.
Kedutaan Thailand pantau rapat konflik Iran-Israel
Semua kedutaan Thailand di rantau Timur Tengah telah diarahkan untuk terus memantau ketegangan antara Iran dan Israel.
Usaha ubah stigma, tujuh wakil rakyat berbaju Melayu ke Parlimen Thailand
Kesemua mereka merupakan wakil rakyat dari Parti Prachachart dari tiga wilayah majoriti Melayu di Selatan Thailand.
Ranking pasukan bola sepak Vietnam merudum selepas kekalahan dalam aksi kelayakan
Skuad itu kehilangan 30.04 mata selepas dua kekalahan berturut-turut kepada Indonesia pada Mac.
Thailand dan UK akan bentuk perkongsian strategik
Thailand dan United Kingdom akan mengumumkan secara rasmi hubungan mereka sebagai satu Perkongsian Strategik pada Rabu.
14 tentera laut Thailand cedera, kapal terbakar terkena tembakan meriam
Tembakan artileri tentera laut itu dilepaskan dari artileri depan HTMS Chonburi terkena bahagian belakang HTMS Khirirat.