awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Tiada varian baharu dikesan di Malaysia - Dr Noor Hisham

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
10/01/2023
04:42 MYT
COVID-19: Tiada varian baharu dikesan di Malaysia - Dr Noor Hisham
Dr Noor Hisham Abdullah berkata, setakat ini tiada varian baharu COVID-19 termasuk subvarian Omicron, XBB 1.5 dikesan di Malaysia. - Foto Astro AWANI
PUTRAJAYA : Setakat ini tiada varian baharu termasuk subvarian Omicron, XBB 1.5, yang berpotensi mencetuskan gelombang besar COVID-19 dikesan di Malaysia, kata Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
Ketua Pengarah Kesihatan itu berkata, dalam tempoh setahun yang lalu, data menunjukkan hanya varian sedia ada seperti Omicron terdapat dalam masyarakat.
“Setakat ini, varian dominan di negara kita adalah Omicron XBB. Tapi sekarang satu lagi varian XBB 1.5 dikesan di Amerika Syarikat, walau bagaimanapun kita masih memantau dari segi keparahan dan penularan.
“Buat masa ini, XBB.1.5 tidak dikesan di negara kita dan pemantauan masih lagi dijalankan.
"Kita juga bekerjasama dengan negara-negara lain untuk melihat dari segi penularan varian XBB1.5 ini,” katanya pada sidang akhbar selepas sesi libat urus Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa dengan media di sini pada Selasa.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dilaporkan berkata, XBB.1.5 ialah keturunan subvarian Omicron XBB yang terjadi daripada persilangan di antara dua strain terdahulu, BA.2.75 dan BA.2.10.1.
Pakar menggelarkan strain Omicron XBB.1.5 ini dengan nama 'kraken' yang berpotensi mencetuskan gelombang besar COVID-19.
Strain kraken ini dipercayai lebih mudah berjangkit dan mampu mengelak daripada perlindungan vaksin dan jangkitan lama.
Subvarian itu turut dikesan di Australia, United Kingdom (UK) dan beberapa negara Eropah lain seperti Denmark, Perancis, Jerman dan Sepanyol.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#varian baharu
#Omicron XBB
#Dr Noor Hisham Abdullah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan