IPOH: Proses penerimaan vaksin dalam fasa pertama Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan di Perak berjalan seperti yang dijadualkan.
Menteri Besar Perak, Datuk Saarani Mohamad berkata, pemberian vaksin melibatkan Exco Kerajaan Negeri tidak bermakna wujud istilah atau dakwaan ‘potong giliran’ dalam penerimaan vaksin COVID-19.
“Pada pendapat saya, langkah paling baik adalah sistem penggiliran, selang-seli antara menteri dan orang ramai. Dengan cara ini baru boleh berlaku adil.
"Kami telah sediakan jadual. Di Perak terdapat seorang Menteri Besar dan 10 ahli Exco. Pada hari ini, pemberian vaksin adalah sebanyak 221 dos.
"Ini bermakna, pemberian vaksin kepada mereka selain daripada ahli Exco adalah sebanyak 210,” beliau berkata demikian selepas menerima suntikan COVID-19 di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Stadium Indera Mulia, di sini, pada Isnin.
Semalam, Khairy Jamaluddin, yang juga menteri penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, meminta agar individu kenamaan yang bukan bergelar wakil rakyat, tidak boleh menjadi penerima vaksin dalam fasa pertama program tersebut.
Beliau yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi dilaporkan berkata, wakil rakyat turut disarankan agar mengambil vaksin COVID-19 secara berperingkat.
Mengulas lanjut Saarani berkata, kerajaan negeri telah mengadakan perbincangan dan mengambil pandangan semua pihak sebelum memuktamadkan penjadualan pemberian vaksin COVID-19 fasa pertama di Perak.
Amirrul Rabbani
Mon Mar 01 2021

Seramai 221 individu termasuk MB Perak dan ahli Exco negeri menerima suntikan vaksin di PPV Stadium Indera Mulia hari ini. - Astro AWANI

Ismail Sabri layak jadi tonggak UMNO dalam PN - Penganalisis politik
Melantik Ismail Sabri Yaakob sebagai Timbalan Perdana Menteri merupakan langkah terbaik jika itu dapat menstabilkan politik negara.

#SayaDigital pacu literasi digital dalam kalangan rakyat

Kegunaan internet isi rumah meningkat 91.7 peratus pada tahun 2020 - Ketua Perangkawan
Penggunaan internet isi rumah menunjukkan peningkatan ketara sebanyak 91.7 peratus pada tahun 2020 berbanding 90.1 peratus pada tahun 2019 susulan impak pandemik COVID-19.

Ketetapan sokong PN, Muhyiddin pada Perhimpunan Agung MIC
Perhimpunan Agung Tahunan MIC Ke-74 yang baru diadakan di Bandar Diraja Kelang kali ini dianggap panas dan cukup mengejutkan pemimpin UMNO.

Kuasa lancar laman web pantau 20 kerusi Parlimen
Laman web untuk memantau 20 kerusi pada PRU15 akan membantu pengundi mengetahui maklumat calon dipilih berdasarkan sumber parti.

AWANI Ringkas: R-Naught meningkat semula | Bapa terlepas pegang, anak maut dilanggar kereta
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![[TERKINI] Penggunaan dan capaian ICT individu, isi rumah 2020 meningkat ketara [TERKINI] Penggunaan dan capaian ICT individu, isi rumah 2020 meningkat ketara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1899416/6271740431618204425509_640x360.jpg)
[TERKINI] Penggunaan dan capaian ICT individu, isi rumah 2020 meningkat ketara

Budak 3 Tahun Maut | Dilanggar kereta selepas lari ke tengah jalan
Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun maut selepas dirempuh sebuah kereta dalam kemalangan di Kampung Wa, Dungun, Terengganu pada Ahad. Kejadian kira-kira jam 8.30 malam itu berlaku selepas bapa kanak-kanak itu terlepas pegangan tangan menyebabkan kanak-kanak itu lari ke tengah jalan sebelum dilanggar sebuah kereta.

Audio Tular | Tun Faisal ajak Zahid bersumpah; bersih nama
Bekas Timbalan Ketua UMNO bahagian Putrajaya, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz mengajak Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk bersumpah bagi membersihkan nama masing-masing. Kedua-dua individu itu terpalit dengan dakwaan terlibat dalam penularan audio perbualan antara Ahmad Zahid dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ramadan | Warga emas kirim sahaja makanan di bazar
Golongan warga emas dinasihat hanya mengirim sahaja makanan kepada individu dewasa dan muda jika bercadang membeli makanan di bazar Ramadan, kata Pakar Kesihatan Awam Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UPM, Profesor Madya Dr Malina Osman.

Ramadan 2021: Geng plastik hitam jangan malukan agama - JAIPk
Mohd Yusop tidak mahu isu geng plastik hitam kembali menjadi perhatian setiap kali bulan Ramadan tiba.

Kes rogol Paul Yong: Saksi sahkan terdapat dua kesan koyakan baharu pada alat sulit mangsa
Saksi itu memaklumkan kesan koyakan dan geseran pada kemaluan mangsa boleh dihasilkan dengan cara konsensual atau paksaan namun tiada masa spesifik ia boleh berlaku.

Kes rogol Paul Yong: Pendakwaan mohon guna Akta Perlindungan Saksi
Pengarah Pendakwaan Negeri Perak Datuk Jamil Aripin memaklumkan Hakim Datuk Abdul Wahab Mohamed bahawa dua saksi itu adalah peserta Program Perlindungan Saksi di bawah akta berkenaan.

Kes rogol Paul Yong: Saksi tak dengar pihak lain bersama mangsa ketika aduan
Saksi itu, Riki Sapari, 39, memberitahu dia menjawab panggilan mangsa pada kira-kira 11 pagi, 8 Julai 2019.

Pakar paleontologi dilantik kaji kerosakan fosil Gua Matsoorat
Laporan kajian daripada pakar itu diperlukan sebelum tindakan lanjut termasuk tuntutan jumlah kerugian dibuat terhadap syarikat produksi yang terlibat.

Kerosakan Gua Matsoorat: Perak teliti kenakan penalti atau kos pemuliharaan
Perkara itu masih dalam perbincangan kerana beberapa pakar sedang meneliti kerosakan yang berlaku dan bagaimana untuk memuliharanya.

Lelaki hilang ditemui mati di atas bumbung kedai
Mayat seorang lelaki yang hilang sejak Jumaat lepas ditemukan di atas bumbung sebuah kedai besi di Kampung Bukit Kapar, Meru semalam.

Tular isu kompaun RM10,000 tak benar, polis terima pemohonan maaf Uncle Kentang
Polis menerima permohonan maaf Chee Heng yang lebih dikenali sebagai Uncle Kentang, melalui sepucuk surat pada 22 Mac lepas.

PATI diberkas ketika leka membeli-belah
Operasi dijalankan di kawasan yang sering menjadi tumpuan PATI mencari barang keperluan di pasar karat pada hujung minggu.

MBI siasat dakwaan Gua Matsoorat diceroboh selepas penggambaran drama
Syarikat produksi berkenaan didakwa melakukan kerosakan terhadap sebuah fosil berusia jutaan tahun dan melakukan vandalisme pada dinding gua tersebut.