KUALA LUMPUR:Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengesan sebanyak tiga lagi kluster baharu yang dikenali sebagai Kluster Penjara Jalan Harapan, Kluster Kota Kecil, dan Kluster Sky Coklat.

Berikut merupakan perincian bagi kesemua kluster berkenaan.

Kluster Penjara Harapan

- Kluster melibatkan Penjara Sungai Buloh, Selangor.
- Kes indeks dikesan hasil saringan tahanan penjara pada 17 November.
- Sehingga 21 November, 113 individu telah disaring di mana 17 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

Kluster Kota Kecil

- Kluster ini melibatkan daerah Kota Tinggi Johor.
- Kes indeks dikesan hasil saringan individu bergejala pada 15 November.
- Seramai 467 individu disaring, sembilan lagi kes dikesan positif COVID-19,
- Kesemua dimasukkan ke Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Kluang.

Kluster Sky Coklat

- Kluster ini melibatkan daerah Labuan yang dikesan positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 19 November.
- Seramai 51 individu disaring, tujuh lagi kes dikesan positif COVID-19.
- Kesemua kes dimasukkan ke Hospital Labuan.

Setakat hari ini, KKM turut melaporkan sebanyak dua kluster telah tamat hari ini iaitu Kluster Bah Kayu dan Kluster Lekir.

Jumlah kluster yang telah tamat secara keseluruhannya kini ialah sebanyak 159.