ALOR SETAR: Jabatan Kesihatan Kedah mengesan enam kluster berkaitan pendidikan di mana tiga kluster baharu dilaporkan sehingga hari ini, membabitkan seramai 253 individu positif COVID-19.
Pengarah JKN Kedah, Dr Othman Warijo, berkata tiga kluster baharu itu adalah Kluster Dah Padang Halban, Kluster Dah Sungai Kob dan Kluster Dah Sungai Limau.
Beliau berkata, Kluster Dah Halban membabitkan 25 kes di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Changlun, Kubang Pasu dan Kluster Dah Sungai Kob pula membabitkan 37 kes di SMK Sungai Kob, Kulim.
Manakala Kluster Dah Sungai Limau membabitkan seramai 27 warga Sekolah Menengah Agama Saadah Al-Diniyah Al-Islamiah, Yan yang positif COVID-19.
“Seramai sembilan lagi pelajar asrama Maktab Mahmud Pendang dikesan positif COVID-19 membabitkan Kluster Dah Penyarom menjadikan keseluruhan kes di maktab itu adalah sebanyak 108.
“Manakala Kluster Dah Jalan Pantai di SMK Kota Kuala Muda, Sungai Petani pula, tiada pertambahan dengan kes positif kekal 33 pelajar.
"Sementara Kluster Teluk Teduri membabitkan 23 pelajar di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Baling,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI hari ini.
Dr Othman memaklumkan, majoriti yang positif adalah pelajar di mana kesemua sekolah ini sudah diarah tutup selama seminggu.
Justeru, beliau menasihati orang ramai termasuk warga institusi pendidikan supaya terus patuh prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Kementerian Kesihatan.
Adie Sufian Zulkefli
Thu Jan 20 2022

Majoriti yang positif adalah pelajar di mana kesemua sekolah ini sudah diarah tutup selama seminggu.

COVID-19: Kes harian menurun kepada 2,239 pada Ahad
Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes di Malaysia sebanyak 4.47 juta kes.

Keluar wang dari mesin ATM tanpa perlu guna kad, tawaran baharu buat pelanggan Maybank
Bagi mengaktifkan pilihan tersebut, pengguna perlu menekan ATM cash-out di aplikasi MAE.

Sambutan Hari Guru peringkat nasional diadakan di Kelantan buat kali pertama
Sambutan Hari Guru yang diadakan di Bachok ini dihadiri oleh sebahagian warga pendidik dari seluruh negara.

COVID-19: Singapura lapor tiga kes tempatan varian Omicron BA.4, BA.5
Ini adalah kes komuniti pertama yang disahkan membabitkan varian BA.4 dan BA.5

Aktres Tamil ditemui mati pada hari lahir
Sahana ditemui mati tergantung di tingkap tandas di kediamannya pada malam hari kelahirannya ke 22.

Kes dera: Pasangan suami isteri direman tujuh hari
Perintah reman bermula Isnin itu dikeluarkan Majistret Anis Hanini Abdullah selepas mendapat permohonan daripada pihak polis.

Penghantar makanan maut dilanggar bas
Mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian selepas mengalami kecederaan parah di bahagian kepala.

Lelaki sesat hampir 24 jam di Gunung Banang ditemui selamat
Mangsa yang berusia 45 tahun ditemui selepas dia berjaya keluar sendiri dari kawasan pendakian.

AWANI Ringkas: Kes Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan

Jiwa SME | Terjun bidang perniagaan, tingkat kesihatan mata
Persaingan hebat pasaran pekerjaan menyebabkan sebahagian anak muda lebih cenderung untuk menceburi bidang perniagaan termasuk menjadi usahawan mikro dalam dunia tanpa sempadan. Ketika pandemik Covid-19 terus mengucar-ngacirkan ekonomi....peluang dan ruang untuk memasuki dalam sektor yang diimpikan mereka semakin tipis. Enggan membuang masa dan menoleh kebelakang, Syazwan Hafiz Mohd nekad terjun ke dalam bidang perniagaan meskipun tiada asas yang kukuh dalam bidang yang baharu diceburi itu kira-kira lima bulan lalu.

COVID-19: Kes harian menurun kepada 2,239 pada Ahad
Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes di Malaysia sebanyak 4.47 juta kes.

Sambutan Hari Guru peringkat nasional diadakan di Kelantan buat kali pertama
Sambutan Hari Guru yang diadakan di Bachok ini dihadiri oleh sebahagian warga pendidik dari seluruh negara.

COVID-19: Singapura lapor tiga kes tempatan varian Omicron BA.4, BA.5
Ini adalah kes komuniti pertama yang disahkan membabitkan varian BA.4 dan BA.5

Vaksin COVID-19: Hampir 30 peratus kanak-kanak di Malaysia lengkap suntikan
Sebanyak 1,058,626 kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun di negara ini lengkap menerima vaksin.

COVID-19: Lapan kematian baharu di Korea Utara, jumlah kini 50
Korea Utara melaporkan lapan kematian baharu akibat COVID-19 dan 392,920 kes baharu dengan simptom susulan penularan virus di negara itu.

COVID-19: Vietnam gugur syarat ujian untuk ketibaan pengembara asing
Langkah dibuat ketika mana jumlah kes COVID-19 di Vietnam menurun dengan ketara sejak 15 Mac lalu.

Wat Machimmaram jadi tumpuan sempena Hari Wesak
Wat Machimmaram di Kampung Jubakar yang menempatkan patung Buddha duduk menerima kunjungan orang ramai.

Tiga beradik sanding serentak
Tiga beradik termasuk pasangan kembar sepakat memilih tarikh sama hari ini untuk melangsungkan persandingan di sebuah dewan.

Menteri Kesihatan ASEAN setuju dengan pengiktirafan bersama sijil vaksin COVID-19
Ia bertujuan memudahkan urusan pengesahan sijil vaksinasi COVID-19 yang dikeluarkan oleh setiap negara anggota ASEAN.

Sarawak akan putuskan SOP untuk pub, kelab malam
Jawatankuasa Pengurusan Bencana negeri (JPBN ) akan bermesyuarat tidak lama lagi untuk berbincang dan memuktamadkan perkara itu.