KUALA LUMPUR : Kerajaan memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di tiga lokaliti melibatkan Pahang dan Sabah.

Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Rodzi Md Saad, kesemua kawasan tersebut membabitkan kawasan di ladang dan kilang sawit RMDC Sdn Bhd, Bukit Koman, Raub, dan Kampung Baru Cenderawasih, Pekan, Pahang, serta Perumahan Ladang Felda Umas 6 di Kalabakan, Sabah.

Bagi kawasan di Pekan, Pahang dan Kalabakan, Sabah, penguatkuasaan PKPD di lokaliti berkenaan berkuat kuasa mulai 23 September sehingga 6 Oktober.

Manakala bagi kawasan PKPD melibatkan lokaliti di Raub, Pahang akan bermula pada 22 September sehingga 5 Oktober.

Kesemua tindakan tersebut diambil setelah membuat penilaian risiko serta nasihat daripada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Dalam pada itu, MKN turut memaklumkan penamatan perintah PKPD di dua lokaliti di Sabah iaitu di Kampung Sugiang Baru di Tenom, Sabah dan Kampung Rapak di Ranau, Sabah.

Kedua-dua lokaliti berkenaan ditamatkan daripada pelaksanaan PKPD bermula 22 September sebelum ia dilaksanakan pada 9 September sebelum ini.