awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemotong rumput rogol adik ipar kekal dipenjara 28 tahun, 24 sebatan
Indonesia rancang bangun jana kuasa nuklear secara berperingkat
PNB nilai tawaran am sukarela Sunway ke atas IJM berdasarkan pertimbangan komersial
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan jimat RM800 juta sejak BUDI95 dilaksanakan - PM Anwar

Bernama
Bernama
21/12/2025
08:14 MYT
Kerajaan jimat RM800 juta sejak BUDI95 dilaksanakan - PM Anwar
Kerajaan berjaya menjimatkan RM800 juta hasil pelaksanaan program BUDI MADANI RON95 (BUDI95) sejak 30 Sept lalu hingga kini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kerajaan berjaya menjimatkan RM800 juta hasil pelaksanaan program BUDI MADANI RON95 (BUDI95) sejak 30 Sept lalu hingga kini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Anwar, yang juga Menteri Kewangan berkata penjimatan itu dicapai hasil penyasaran subsidi minyak secara lebih berkesan supaya hanya dinikmati warganegara Malaysia, sekali gus mengekang ketirisan yang sebelum ini melibatkan lebih 3.5 juta warga asing serta aktiviti penyeludupan puluhan ribu liter minyak ke luar negara.
"Setiap hasil penjimatan itu dipulangkan semula kepada penduduk melalui STR (Sumbangan Tunai Rahmah) dan SARA (Sumbangan Asas Rahmah), selain digunakan bagi menaik taraf klinik dan hospital, memperbaiki jalan raya serta memperkukuh prasarana negara," katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.
Anwar berkata penyasaran subsidi minyak telah dibincangkan sejak lebih 20 tahun oleh kerajaan terdahulu, namun tiada yang mempunyai keberanian serta tekad politik untuk melaksanakannya sehingga Kerajaan MADANI mengambil langkah berani melaksanakan BUDI95.
Di bawah program BUDI95, semua pemegang MyKad warganegara Malaysia berumur 16 tahun ke atas yang mempunyai lesen memandu aktif layak membeli RON95 bersubsidi hingga 300 liter sebulan pada harga RM1.99 seliter, berbanding RM2.60 seliter tanpa subsidi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#BUDI95
#kerajaan jimat
#budi madani ron95
#Perdana Menteri Anwar Ibrahim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan