Bayi lelaki ditemukan di Taman Awam Teluk Likas

Bayi itu dipercayai dilahirkan beberapa jam sebelum ditemukan pada 6.30 pagi. -Gambar hiasan
KOTA KINABALU: Seorang bayi lelaki dipercayai baru dilahirkan ditemukan di Taman Awam Teluk Likas di sini, semalam.
Ringkasan AI
- Bayi lelaki baru dilahirkan ditemui di Taman Awam Teluk Likas tanpa kecederaan.
- Penemuan bayi tersebut telah dilaporkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk tindakan lanjut.
- Siasatan sedang dijalankan untuk mengesan individu terlibat, orang awam dipinta memberi maklumat kepada pihak polis.
Kasim berkata penemuan bayi itu telah dimaklumkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Beliau berkata pemeriksaan mendapati tiada saksi melihat kejadian mahupun kemudahan kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan itu.
Siasatan termasuk mengesan individu terlibat giat dijalankan mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan.
Orang ramai mempunyai maklumat kejadian diminta membantu siasatan dengan menghubungi balai polis berhampiran atau pegawai penyiasat Sarjan Mejar Rosmah Pg Hasim menerusi talian 011-31677612.
-- BERNAMA
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apakah yang berlaku kepada bayi lelaki yang ditemui di Taman Awam Teluk Likas? A: Bayi lelaki tersebut dipercayai baru dilahirkan dan ditemui dalam keadaan selamat tanpa kecederaan.
- Q: Siapakah yang telah dimaklumkan mengenai penemuan bayi tersebut? A: Penemuan bayi itu telah dimaklumkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
- Q: Apakah tindakan yang diambil oleh pihak polis setelah penemuan bayi di Taman Awam Teluk Likas? A: Pihak polis sedang menjalankan siasatan termasuk mengesan individu terlibat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan.

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

