awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran PBB: Keganasan di Myanmar memuncak menjelang pemilihan di bawah kawalan tentera
Trump didakwa naik jet peribadi Epstein lapan kali pada 1990-an – Dokumen DOJ
[KOLUMNIS] Pengesanan awal penyakit buah pinggang cegah beban sektor kesihatan yang kian nazak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Tiga negeri catat penggunaan katil ICU lebih 50 peratus

Astro Awani
Astro Awani
21/02/2022
03:00 MYT
COVID-19: Tiga negeri catat penggunaan katil ICU lebih 50 peratus
Pesakit COVID-19 yang kini memerlukan alat bantuan pernafasan pula meningkat kepada 139. - Foto fail
KUALA LUMPUR: Tiga negeri mencatatkan penggunaan katil kes krtikal atau Unit Rawatan Rapi (ICU) iaitu Johor (70%), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (65%) dan Melaka (50%) melebihi pengisian 50 peratus.
Ketua Pengarahan Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan hariannya turut menjelaskan bagi penggunaan katil bukan ICU, sembilan negeri menunjukkan pengisian 50 peratus.
Ia termasuk Selangor (104%), Perlis (101%), Kelantan (96%), Perak (91%), Putrajaya (82%), Johor (82%), Sabah (79%), Kuala Lumpur (77%) dan Pulau Pinang (50%).
Manakala bagi penggunaan katil di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC), enam negeri melebihi 50 peratus iaitu Selangor (74%), Perak (58%), Terengganu (58%), Sabah (57%), Melaka (53%), dan Kelantan (50%).
Pesakit COVID-19 yang kini memerlukan alat bantuan pernafasan pula meningkat kepada 139 namun peratusan penggunaan ventilator secara keseluruhan adalah sebanyak 36%.
"Secara keseluruhannya, KKM mendapati kapasiti fasiliti kesihatan di hospital awam masih boleh menampung kes COVID-19 dan bukan COVID-19.
"Namun begitu, setiap negeri telah bersiapsiaga dengan pelan tindak balas cepat sekiranya berlaku peningkatan kes," jelasnya.
Dalam pada itu, Dr Noor Hisham turut memaklumkan terdapat perbezaan di antara data harian kemasukan kes COVID-19 ke hospital berbanding kes COVID-19 kategori 1 sehingga 5 yang baharu didiagnosa pada setiap hari.
"Ini memandangkan keadaan klinikal pesakit yang dinamik dan mungkin merosot atau bertambah baik sepanjang dijangkiti COVID-19.
"Misalnya, semasa didiagnosa, mungkin pesakit tersebut berada pada kategori 2A dan diisolasi di rumah melalui Home Surveilance Order (HSO) digital, namun status kesihatan pesakit boleh merosot ke kategori tiga atau lebih dan memerlukan kemasukan ke hospital.
"Pada masa yang sama, terdapat juga kes-kes COVID-19 berisiko tinggi dari kategori 1 dan 2 yang memerlukan kemasukan ke PKRC dan hospital sebagai langkah berjaga-jaga," ujarnya.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Dr Noor Hisham Abdullah
#KKM
#ICU
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan