KOTA KINABALU: Tindakan merentas negeri bagi meraikan Aidilfitri di Sabah mencetuskan dua kluster COVID-19 iaitu Kluster Abaka di Tawau melibatkan 38 kes positif dan Kluster Melikai di Kuala Penyu dengan 16 kes.
Menteri Kerajaan dan Perumahan negeri Datuk Masidi Manjun berkata kes indeks bagi Kluster Abaka adalah seorang guru lelaki bersama pasangannya yang dikesan positif dalam saringan untuk rentas negeri untuk pulang ke Labuan pada 14 Mei selepas meraikan Aidilfitri di Tawau.
"Pasangan itu masuk ke Sabah pada 8 Mei, terlibat dalam aktiviti kunjung-mengunjung sehingga 14 Mei di Taman Abaka, Ladang Table di Mukim Merotai... daripada 171 kontak yang disaring, 68 sampel negatif manakala 65 sampel masih menunggu keputusan, dan selebihnya positif," menurutnya dalam kenyataan malam ini.
Beliau berkata kes indeks Kluster Melikai merupakan seorang wanita yang bertugas sebagai Penolong Guru Tadika Perpaduan dan dikesan positif pada 17 Mei selepas pulang ke Kampung Melikai Menumbok di Kuala Penyu bagi meraikan Aidilfitri pada 13 Mei.
"Daripada 167 sampel yang diambil melibatkan kluster ini, 15 dikesan positif menjadikan jumlah kumulatif 16 kes manakala baki 74 sampel masih dalam proses dan selebihnya negatif," katanya.
Masidi berkata satu lagi kluster dikesan di Sabah iaitu Kluster Indani di Semporna melibatkan kes indeks seorang lelaki yang menjalani ujian saringan setelah didapati bergejala di Hospital Semporna dan kluster ini melibatkan 12 kes.
"Sebanyak 96 sampel diambil, 11 lagi kes dikesan positif dalam kalangan ahli keluarga kes indeks manakala 49 orang kontak yang lain adalah negatif dan 35 sampel lagi masih menunggu keputusan," katanya.
Beliau juga berkata sembilan daerah dikategori sebagai zon merah COVID-19, tiga sebagai zon jingga, tujuh zon kuning dan lapan daerah sebagai zon hijau.
Katanya berdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes baharu positif COVID-19 di negeri itu hari ini ialah sebanyak 189 menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 60,242 kes.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 22 2021
Masidi berkata kes indeks bagi Kluster Abaka adalah seorang guru lelaki bersama pasangannya yang dikesan positif dalam saringan untuk rentas negeri untuk pulang ke Labuan pada 14 Mei selepas meraikan Aidilfitri di Tawau. - BERNAMA
Pertandingan sukan luncur ombak pertama di Bachok tarik lebih 2,000 pengunjung
Pertandingan sukan luncur ombak yang pertama kali diadakan di Pantai Impian Kemasin akan dijadikan sebagai acara tahunan setiap kali musim tengkujuh di Kelantan.
Dua kapal tangki bertembung di laut hitam akibat ribut - Rosmorrecheflot
Dua kapal tangki, Volgoneft 212 dan Volgoneft 239 berlanggar di Laut Hitam akibat ribut dan mengakibatkan tumpahan petroleum.
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Musim raja buah! Penggemar durian 'serbu' Balik Pulau
'Dendam' dua tahun tidak dapat merentas negeri, pesta durian kali ini bertambah meriah dengan kunjungan penggemarnya.
Berhimpun dalam ruang sempit yang jadi masalah, bukan rentas negeri - Dr Noor Hisham
KKM guna kaedah serampang dua mata iaitu pemberian vaksin dan dos penggalak kepada golongan tertentu dan kepatuhan terhadap SOP.
"Kalau boleh elak dulu naik Cameron Highlands, sesak teruk," kata netizen
Ada pengguna, mendakwa dirinya pekerja kesihatan, memaklumkan ramai orang yang baru balik bercuti dari kawasan itu membawa kit ujian yang tertera keputusan positif.
Masyarakat India di Gua Musang giat buat persiapan sambut Deepavali
Biarpun menyambutnya secara sederhana, pesta cahaya diraikan dalam suasana penuh kekeluargaan mengikut norma baharu.
Menyelami keindahan semula jadi Pulau Tuba
Siapa sangka tidak jauh dari Pulau Langkawi iaitu sekitar 5 kilometer dari Jeti Pelancongan Pekan Rabu, terdapat sebuah pulau yang berpotensi menjadi destinasi pelancongan dan dianugerahi dengan pelba
Rentas negeri: pastikan anak kecil dilindungi daripada COVID-19 - Pakar
Dalam keghairahan menikmati kelonggaran itu, perlu diingat bahawa ancaman COVID-19 belum berakhir.
27,059 pelancong kunjungi 14 lokasi di P.Pinang dalam tempoh sembilan hari
Seramai 27,059 pelancong melawat Pulau Pinang bermula pada 11 Okt lepas dengan 14 destinasi pelancongan negeri dikenal pasti menjadi tumpuan ramai.
Kadar penginapan hotel di Johor Bahru, Muar meningkat hingga 80 peratus
Keadaan sama turut berlaku di Desaru Coast dekat Kota Tinggi yang kadar penginapannya mencecah 65 peratus.
Rentas negeri: 1.4 juta kenderaan setiap hari di PLUS sejak Jumaat
Sejak rentas negeri dibenarkan bermula 11 Oktober, orang ramai tidak melepaskan peluang untuk pulang ke kampung dan melancong bersama keluarga.
Cubaan rentas negeri tanpa vaksin gagal, suami isteri sudahnya dikompaun RM2,000
Sepasang suami isteri dikompaun RM2,000 setiap seorang kerana didapati merentas negeri tanpa sijil vaksinasi COVID-19 yang lengkap.