awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[KOLUMNIS] Mengapa virus HIV sukar dihapuskan?
Bad Cop: Permulaan era drama Malaysia yang lebih berani - “Kita sentiasa berusaha memperkenalkan…”
Ketibaan penumpang di KL Sentral disambut meriah dengan tarian kebudayaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Tujuh sekolah di Kedah ditutup dua hari

Sinar Harian
Sinar Harian
02/05/2021
05:16 MYT
COVID-19: Tujuh sekolah di Kedah ditutup dua hari
Penutupan itu dibuat untuk membolehkan kerja-kerja pembersihan dan disinfeksi dijalankan oleh Pejabat Kesihatan Daerah (PKD). - Gambar hiasan
ALOR SETAR: Tujuh buah sekolah di negeri Kedah ditutup selama dua hari bermula 2 Mei susulan penularan COVID-19 yang melibatkan warga sekolah berkenaan.
Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kedah, Rozaini Ahmad berkata, sekolah yang terlibat adalah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) ST Anne's Convent, Kulim; SMK Jelutong, Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Kiara dan SK Tunku Abdul Malik, lapor Sinar Harian pada Ahad.
Menurutnya, turut ditutup adalah Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Choong Hwa, SK Sri Kulim dan SMK Sg Kob.
"Semua sekolah terbabit melibatkan daerah Kuala Muda/Yan dan Kulim Bandar Baharu," katanya menerusi suatu kenyataan di sini pada Ahad.
Katanya, penutupan itu dibuat untuk membolehkan kerja-kerja pembersihan dan disinfeksi dijalankan oleh Pejabat Kesihatan Daerah (PKD).
"Selain itu, tiga lagi sekolah yang ditutup sehingga hari ini (Ahad) adalah SMK Sultanah Asma, SMK Agama Kedah dan SMK Seri Badong," katanya.
Topic Berkaitan
#tutup sekolah
#sekolah tutup
#Kedah
#COVID-19
#Jabatan Pendidikan Negeri
#KKM
#sekolah
#Kulim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan