KUALA LUMPUR: Ibu bapa perlu memainkan peranan dalam melindungi keselamatan anak-anak mereka yang berusia antara 5 hingga 12 tahun daripada dijangkiti COVID-19.
Sehubungan itu, Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Datuk Dr Zainal Ariffin Omar menggesa ibu bapa agar mengambil peluang program vaksinasi yang akan dijalankan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) terhadap kanak-kanak pada usia berkenaan.
Menurut beliau, adalah penting untuk kanak-kanak diberi suntikan vaksinasi memandangkan data yang dikeluarkan oleh KKM menunjukkan sekitar 500,000 golongan itu sudah dijangkiti COVID-19.
Manakala, dianggarkan hampir 260,000 kanak-kanak pada lingkungan usia itu pula antara yang dijangkiti wabak berkenaan.
"Ada juga berlaku kematian 31 kes melibatkan kanak kanak 5 hingga 12 tahun akibat jangkitan COVID.
"Data juga menunjukkan kalau kanak-kanak dapat COVID-19 mereka ada dua risiko… pertama sakit COVID-19, kemudian mereka terdedah long COVID-19 iaitu kesan jangka masa panjang," jelasnya
dalam temu bual bersama Astro AWANI pada Jumaat.
Tambah Dr Zainal Ariffin, kanak-kanak yang berusia antara 5 hingga 12 tahun antara yang terdedah dengan risiko jangkitan terutama di kawasan tadika dan sekolah.
"Kita kena ingat risiko anak-anak kita adalah real, kedua kita ingat ada kesan sampingan daripada vaksin macam mana kita berikan vaksin Bacillus Calmette-Guerin (BCG), 5 serangkai, Tetanus, Polio dan sebagainya banyak kita bagi pada anak kita.
"Jadi vaksinasi COVID-19 ikhtiar melindungi anak daripada COVID-19, dulu pun ada kesan sampingan sekarang pun ada.
"Tapi bila kita seimbangkan kesan sampingan dengan risiko penyakit itu, kita di Malaysia beri pertimbangan anak kita lindungi daripada COVID-19, walaupun ada risiko penting kita beri perlindungan," jelasnya lagi.
BACA: Pemberian vaksinasi kanak-kanak 5 hingga 11 tahun bermula Februari
BACA: #MyVaksinCOVID-19: Data dan informasi setakat ini
Dalam perkembangan berkaitan, Dr Zainal Ariffin berkata, formulasi vaksin COVID-19 Comirnaty yang akan digunakan merupakan vaksin yang khas untuk kanak-kanak.
Malah, jelas beliau, beberapa negara lain juga telah berjaya memperlihatkan keberkesanan selepas kanak-kanak berusia 5 hingga 12 tahun divaksin.
"Vaksinasi kanak kanak mengunakan vaksin Pfizer mempunyai dos rendah lebih rendah daripada orang dewasa.
"Vaksin (Pfizer) telah diguna pakai di negara lain seperti di Amerika Syarikat, Singapura, Kanada dan negara lain… jadi kita sudah melihat bukti keberkesanannya," katanya lagi.
Sebelum ini, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin memaklumkan, KKM akan melaksanakan pemberian vaksin COVID-19 untuk kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun bermula Februari ini, sebaik sahaja vaksin Pfizer (kanak-kanak) tiba di Malaysia mulai 31 Januari.
Jelas Khairy, keputusan itu adalah berdasarkan data, maklumat dan pandangan Kumpulan Kerja Teknikal (TWG) dan panel penulis Garis Panduan Klinikal Vaksinasi COVID-19 Kanak-Kanak.
Jelasnya, setiap dos yang akan diberikan adalah 0.2 mL dan mengandungi 10mcg vaksin mRNA kepada setiap kanak kanak berusia 5 hingga 12 tahun.
Malah setiap kanak kanak yang mendapatkan suntikan pertama, memerlukan suntikan kedua dos vaksin itu selepas lapan minggu.
Fareez Azman
Fri Jan 21 2022

Ibu bapa perlu main peranan dalam melindungi keselamatan anak-anak mereka yang berusia antara 5 hingga 12 tahun daripada dijangkiti COVID-19. - Gambar hiasan

AWANI Ringkas: Bukit Aman siasat dakwaan penjualan data peribadi rakyat Malaysia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Hapuskan peranan orang tengah dalam sektor pertanian - PM
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menggesa agar budaya 'orang tengah' dalam sektor pertanian dan rangkaian bekalan makanan dihapuskan bagi mengawal kos sara hidup yang meningkat.

Bukit Aman siasat dakwaan penjualan data peribadi rakyat Malaysia
Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menjalankan siasatan mengenai dakwaan penjualan data peribadi rakyat Malaysia yang diambil daripada pangkalan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
![[TERKINI] Sukan SEA Hanoi | Khiew Hoe Yean tamatkan penantian emas skuad renang [TERKINI] Sukan SEA Hanoi | Khiew Hoe Yean tamatkan penantian emas skuad renang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1967550/thumbnails/41447416661652886842699_640x360.jpg)
[TERKINI] Sukan SEA Hanoi | Khiew Hoe Yean tamatkan penantian emas skuad renang
Perenang muda negara, Khiew Hoe Yean yang sebelum ini telah merangkul pingat perak dalam tiga acara, akhirnya membawa pulang emas selepas memenangi acara 200 meter gaya bebas lelaki di Pusat Akuatik My Dinh. Perenang yang berasal dari Kuala Lumpur itu rangkul emas dengan merekod catatan masa 1 minit 47.81 saat, sekali gus mengatasi tujuh perenang lain dan menambah koleksi pingat emas negara kepada 25.

UKSB taja Zahid Hamidi, isteri melancong ke luar negara, sambut hari jadi, raya
Bekas Pengarah UKSB Harry Lee Vui Khun berkata penajaan itu merupakan keutamaan sumbangan bulanan daripada syarikat tersebut dari 2014 hingga 2018.

Sukan SEA Hanoi: Penguasaan Malaysia dalam lompat tinggi berakhir
Penguasaan Malaysia dalam acara lompat tinggi lelaki Sukan SEA sejak 2005, berakhir apabila Nauraj Singh Randhawa sekadar meraih pingat perak di Stadium Nasional My Dinh National Stadium di sini.

Ini yang ibu bapa perlu lakukan jika anak dijangkiti HFMD
Pakar Pediatrik, Imunologi dan Alergi, Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (AMDI), Universiti Sains Malaysia, Dr Intan Juliana Abd Hamid menekankan tentang isolasi serta penjagaan kebersihan yang serius untuk mengendalikan anak yang dijangkiti penyakit tangan, kuku dan mulut (HFMD).

Sekolah perlu lebih terbuka, jangan sembunyi kes buli
Timbalan Dekan (Siswazah), Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof Dr Rozmi Ismail menegaskan bahawa tindakan menyembunyikan kes buli untuk menjaga reputasi sekolah hanya akan menyebabkan isu itu terus berlaku.

Apa itu HFMD dan bagaimana mengendalikannya?
Pakar Pediatrik, Imunologi dan Alergi, Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (AMDI), Universiti Sains Malaysia, Dr Intan Juliana Abd Hamid menjelaskan penyakit tangan, kuku dan mulut (HFMD) berpunca daripada virus Enterovirus EV71 dan Coxsakievirus A16.

Sukan SEA Hanoi: Terlepas gelaran raja pecut, penyertaan Muhammad Azeem terbatal
Skuad olahraga Malaysia gagal mempertahankan gelaran Raja Pecut Asia Tenggara pada Sukan SEA ke-31 di sini, selepas penyertaan Muhammad Azeem Fahmi dibatalkan.

HFMD: Segera bawa anak ke fasiliti kesihatan sekiranya bergejala
Ibu bapa diminta segera membawa anak masing-masing ke fasiliti kesihatan terdekat sekiranya mereka mempunyai gejala penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD), kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

COVID-19: "Situasi semakin baik, saya tak nampak muka KJ bimbang" - Muhyiddin
Laporan yang dibentangkan oleh Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, keadaan hospital awam tidak berdepan dengan tekanan yang serius.

HFMD: PKD tentukan penutupan tadika, taska dan pusat asuhan - Khairy
Penilaian awal akan dibuat oleh PKD sekiranya mengesan penularan wabak berkenaan sebelum mengeluarkan arahan penutupan.

Kes HFMD catat peningkatan mendadak, 28,957 kes di seluruh negara - Khairy
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, angka itu direkodkan pada Minggu Epid ke-19, iaitu sejak Januari lalu sehingga semalam.

Kementerian Kesihatan bekalkan Paxlovid untuk persediaan jemaah haji
Kementerian Kesihatan (KKM) membekalkan sekurang-kurangnya 3,000 ubat antiviral Paxlovid sebagai persediaan merawat jemaah haji yang dijangkiti COVID-19 semasa berada di tanah suci.

Pasukan Petugas Khas bagi Penambahbaikan Budaya Kerja Perkhidmatan Kesihatan ditubuhkan
Khairy Jamaluddin mengumumkan penubuhan Pasukan Petugas Khas bagi Penambahbaikan Budaya Kerja Perkhidmatan Kesihatan (HWCITF) pada Jumaat.

Pasukan Khas Bebas KKM diberi masa dua bulan siasat kes buli, ahli diumum petang ini
Persekitaran pekerjaan mesti ada rasa hormat, sokongan dan pemerkasaan, bukan dengan mengeluarkan kata-kata kesat dan memalukan, kata Khairy.

Buli: Senarai nama diterima turut melibatkan doktor pakar - Khairy
Unit Integriti KKM telah diarahkan menjalankan siasatan lanjut berhubung dakwaan buli di hospital itu, manakala satu pasukan petugas khas bebas juga akan ditubuhkan.

Isu kekurangan jururawat sedang ditangani - Khairy
Isu kekurangan jururawat di hospital di negara ini sedang ditangani dalam usaha memberikan perkhidmatan kesihatan terbaik kepada rakyat.

Syor terkini KKM berhubung pengambilan dos penggalak kedua, rawatan antiviral Paxlovid
Individu berusia 60 tahun ke atas boleh terima dos penggalak kedua bagi tempoh empat hingga enam bulan selepas menerima dos pertama.