KUALA LUMPUR: Bermula 4 Oktober 2021 (Isnin), vaksinasi bagi penduduk dewasa Lembah Klang untuk warga negara dan bukan warga negara kini hanya dengan kaedah janji temu sahaja.

Pasukan Petugas Khas Imunisasi COVID-19 (CITF) dalam satu kenyataan menjelaskan, semua individu dewasa yang ingin mendapatkan vaksinasi COVID-19, termasuk mereka yang terlepas janji temu suntikan dos kedua, perlu membuat janji temu awal terlebih dahulu dengan menghubungi nombor telefon bilik gerakan vaksinasi daerah masing-masing atau menerusi emel.

"Untuk vaksinasi remaja 12 hingga 17 tahun, sila rujuk kepada pengumuman yang telah dibuat oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

"Bagi sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila hubungi talian KK atau Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) berdasarkan lokasi yang berhampiran dengan penerima," jelasnya.

Pada 30 September lalu, CITF memaklumkan inisiatif 'walk-in' bagi suntikan vaksin COVID-19 akan diteruskan di klinik kesihatan (KK) Lembah Klang.

Sehubungan itu CITF berkata, 'walk-in' yang sebelum ini dibenarkan di lima pusat pemberian vaksin (PPV) akan dihentikan bermula 1 Oktober membabitkan PPV Bangi Avenue Convention Centre (BACC), PPV Multimedia University (MMU) Cyberjaya, PPV Axiata Arena, Bukit Jalil, PPV Universiti Kuala Lumpur British Malaysian Institute (UniKL British BMI), Gombak dan PPV Ideal Convention Centre (IDCC), Shah Alam – HCO B.

Berikut adalah senarai Klinik Kesihatan JKWPKL dan Putrajaya untuk dihubungi bagi janji temu vaksinasi COVID-19 penduduk dewasa di Kuala Lumpur dan Putrajaya;

Berikut adalah senarai Klinik Kesihatan JKWPKL dan Putrajaya untuk dihubungi bagi janji temu vaksinasi COVID-19 penduduk dewasa di Kuala Lumpur dan Putrajaya