PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) mengadakan rundingan dengan sebuah syarikat pengeluar vaksin COVID-19 berkenaan perolehan vaksin bagi kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah.
Tanpa menamakan syarikat itu, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata syarikat tersebut sedang membuat persiapan untuk menghantar data berkaitan kepada semua badan kawal selia seluruh dunia termasuk Malaysia.
"KKM akan menilai data berkenaan apabila ia tersedia... cuma mereka memerlukan sedikit masa, mungkin bulan depan mereka akan hantar ke Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) agar pendaftaran vaksin dapat dibuat.
"Kita tidak mahu nanti apabila dewasa dan remaja dilindungi, tetapi tiba-tiba ada pandemik dalam kalangan kanak-kanak pula," kata Khairy pada sidang media mengenai perkembangan COVID-19 di sini semalam.
Beliau turut menekankan bahawa strategi KKM bukan lagi mengejar imuniti kelompok sebaliknya memberi perlindungan kepada seramai mungkin penduduk melalui vaksinasi COVID-19.
Khairy berkata KKM juga mengambil tindakan berhati-hati mengenai vaksin COVID kanak-kanak memandangkan tidak boleh memberhentikan pengoperasian sekolah yang dijadual dibuka Oktober ini.
"Jadi, kita akan buat apa sahaja untuk memastikan persekitaran sekolah itu selamat untuk kanak-kanak sehingga mereka mendapat vaksin COVID-19," katanya.
Mengenai aplikasi MySejahtera, Khairy berkata Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) akan menilai kerja yang dijalankan oleh KPISoft Sdn Bhd iaitu syarikat yang membangunkan aplikasi tersebut sebelum penentuan jumlah bayaran dibuat oleh perbendaharaan.
Pada Selasa lepas, Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat memaklumkan kerajaan akan mula membayar KPISoft Sdn Bhd mulai April 2021 berikutan tanggungjawab sosial korporat yang dijalankan syarikat itu selama setahun berakhir 31 Mac lepas.
"Kita akan minta MAMPU menilai kerja-kerja tersebut dan semua yang terlibat dalam pembangunan aplikasi ini termasuk KKM dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) akan melihat nilai yang ditentukan," katanya.
MySejahtera merupakan aplikasi yang dibangunkan oleh kerajaan Malaysia untuk membantu dalam pengawasan penularan wabak COVID-19 dalam negara dengan membolehkan pengguna melaksanakan penilaian kesihatan kendiri.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 24 2021
Khairy berkata, KKM akan buat apa sahaja untuk memastikan persekitaran sekolah selamat untuk kanak-kanak sehingga mereka mendapat vaksin COVID-19. - Gambar hiasan/BERNAMA
Warga emas dibaling sambal tumis sebelum disamun
Mangsa cuba menahan kesakitan yang dialami dan disebabkan hentakan itu dia mengalami kecederaan di bahagian kepala.
Kerajaan akan umum butiran mekanisme rasionalisasi subsidi - Rafizi
Kerajaan akan memaklumkan butiran mengenai pelan rasionalisasi subsidi termasuk kriteria dan implikasinya tidak lama lagi.
[TERKINI] Tun Mahathir antara individu disiasat isu pengisytiharan harta - SPRM
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki berkata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad adalah antara individu yang disiasat berhubung isu pengisytiharan harta.
Inflasi Malaysia kekal 1.8 peratus pada Mac 2024 - Perangkaan
Inflasi Malaysia kekal 1.8 peratus pada Mac 2024 dengan mata indeks mencatatkan 132.2 berbanding 129.9 pada bulan yang sama tahun sebelumnya.
Tangisan anak bongsu Noor Rahiza undang sebak
Tangisan anak bongsu Bintara Muda TNL Noor Rahiza Anuar yang berusia enam tahun ketika melihat jenazah ibunya dikebumikan malam tadi mengundang rasa sebak sehingga membuatkan ramai hadirin turut menangis.
Akaun Fleksibel KWSP: Pengeluaran tahun pertama dianggarkan cecah RM25 bilion
Akaun 3 KWSP yang menjadi tumpuan ramai, dikenali sebagai Akaun Fleksibel dan merupakan pilihan bagi sejumlah 16.07 juta ahli.
Lelaki ragut wanita di Klang menangis dipenjara lima tahun, dua sebatan
Tertuduh, Muhammad Syafiei Hasan, 24, dikenakan hukuman itu selepas mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibaca di hadapan Hakim, Sharifah Hascindie Syed Omar.
UAE salur AS$544 juta baiki rumah penduduk yang rosak akibat hujan
UAE meluluskan pakej bernilai AS$544 juta untuk membantu membaiki kediaman penduduk yang terjejas semasa cuaca buruk baru-baru ini.
‘Silent Cinema’ - Pengalaman baharu tonton filem dengan gaya hip dan trendy
Jangan lupa untuk membawa fon kepala atau fon telinga anda untuk merasai sendiri pengalaman baharu ini.
AWANI Ringkas: Lelaki lepas tembakan di KLIA didakwa cuba bunuh isteri
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
KJ puas hati Lokman Adam minta maaf, setuju bayar pampasan
Dakwa plaintif, kenyataan fitnah dalam saman itu membawa maksud antaranya beliau menipu orang ramai dengan mendakwa telah diberi vaksin COVID-19.
Keluar Sekejap ambil alih podsiar Jugador TV, rancang terus perluas empayar
Keluar Sekejap mengumumkan pengambilalihan podsiar luar pertama, iaitu Jugador TV.
KJ akhirnya dapat isi PADU selepas identiti dicuri
Khairy Jamaluddin akhirnya berjaya mendaftar dalam sistem PADU selepas mendakwa akaunnya telah didaftarkan oleh individu yang tidak dikenali.
Kes saman KJ terhadap Jamal Yunos diteruskan
Kes saman fitnah bekas Khairy Jamaluddin terhadap Datuk Seri Jamal Md Yunos, berhubung satu kenyataan media ketika PAU 2022 akan diteruskan di Mahkamah Tinggi pada Selasa.
Selepas DJ, Khairy jadi model pula
KJ kini menjadi model untuk sebuah produk minuman tempatan dan baju Melayu untuk sebuah syarikat pengeluar pakaian raya terkemuka.
Pempengaruh diingatkan hati-hati kendali podcast - Fahmi
Kerajaan akan melakukan pemantauan dari semasa ke semasa serta meneliti sebarang tindakan sekiranya perlu terhadap mereka yang membuat kandungan kurang membina.
‘On a serious note? Habis tadi tu tak serius?’... Rafidah minta KJ, Shahril 'tebalkan telinga'
KJ, Shahril sampai terkedu dengan jawapan 'savage' Tan Sri Rafidah. Ikuti kompilasi menarik dari podcast #KeluarSekejap episod ke-79 ini...
Akta Parlimen Berpenggal tidak demokratik - Khairy
Khairy berkata, cadangan Ahmad Zahid tidak demokratik tetapi jika ia usul seperti yang berlaku di UK, perkara itu boleh diperbincangkan.
Ganja dalam perubatan: Khairy serah kepada Menteri Kesihatan baharu
Keputusan sama ada penggunaan ganja dalam perubatan diteruskan atau tidak, diserahkan kepada Menteri Kesihatan yang baharu dilantik Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
COVID-19: Kes baharu cecah paras tertinggi tahunan, KJ dan Kian Ming saran lima langkah
Kes baharu cecah paras tertinggi tahunan iaitu 29,129 kes pada 11 Disember 2023, satu trend yang turut disaksikan di peringkat serantau dan global.