awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dua beranak ditahan menyamar polis, samun warga asing
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS, bercampur-campur berbanding mata wang lain
Pendekatan 'humanistic AI' perkasa kemampuan manusia, bukan teknologi ganti tenaga kerja
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID: Tiga tahanan lari dari PKRC berjaya diberkas semula

Bernama
Bernama
01/08/2021
21:56 MYT
COVID: Tiga tahanan lari dari PKRC berjaya diberkas semula
Polis masih memburu seorang lagi tahanan yang bolos, warga Filipina Mohd Rahman Basir. Orang awam yang mempunyai maklumat boleh menghubungi bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Penampang. - Gambar hiasan
PENAMPANG: Polis memberkas semula tiga daripada empat tahanan, yang melarikan diri daripada Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) Institut Latihan Mahkamah Anak Negeri di sini, petang Ahad.
Ketua Polis Daerah Penampang DSP Mohd Haris Ibrahim berkata, ketiga-tiga lelaki berkenaan iaitu dua warga Filipina Mohd Diyazmir Razif Rudyaz, 20, dan Salman Arip, 19, serta seorang warga tempatan Arippian Abdul, 27, ditahan di Lorong Wijaya 1, Taman Wijaya, Menggatal, Kota Kinabalu, pada 5.45 petang.
"Pada masa yang sama polis masih memburu seorang lagi tahanan yang bolos, seorang warga Filipina iaitu Mohd Rahman Basir, 24," katanya dalam kenyataan malam Ahad.
Mohd Haris berkata orang awam yang mempunyai maklumat mengenai tahanan berkenaan diminta untuk menghubungi bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Penampang di talian 088-723961 atau mana-mana balai polis berhampiran.
Pada 24 Julai lepas, empat tahanan berkenaan dipindahkan dari Balai Polis Penampang ke PKRC itu selepas disahkan positif COVID-19, sebelum mereka didapati melarikan diri daripada pusat kuarantin berkenaan pukul 3.30 pagi Ahad.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PKRC
#Tahanan
#stesen kuarantin
#melarikan diri
#polis
#tahan semula
#Lolos
#Penampang
#Filipina
#COVID-19
#Menggatal
#Kota Kinabalu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan