awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Ahli Parlimen Britain Dan Norris ditangkap semula atas dakwaan kesalahan seksual
Sentimen industri pembuatan Singapura kekal positif di tengah-tengah tekanan global
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: 11 kluster sumbang peningkatan kes positif di Sabah

Syah Hairizal Kamalul Arifin
Syah Hairizal Kamalul Arifin
28/11/2020
13:47 MYT
COVID-19: 11 kluster sumbang peningkatan kes positif di Sabah
Empat kluster baharu dan tujuh kluster sedia ada menyumbang kepada peningkatan kes positif COVID-19 di Sabah pada Sabtu. - Gambar fail/BERNAMA
KOTA KINABALU:Empat kluster baharu dan tujuh kluster sedia ada menyumbang kepada peningkatan kes positif COVID-19 di Sabah pada Sabtu.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata sebanyak 258 kes atau 54.20 peratus disumbang oleh 11 kluster terbabit.
"Jumlah kes positif baharu COVID-19 pada hari ini adalah sebanyak 476 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 28,155 kes.
"Terdapat empat kes kematian dilaporkan iaitu dua kes di daerah Sandakan dan masing-masing satu kes di daerah Tawau dan Tuaran.
"Daripada 476 kes tersebut, sebanyak 258 kes atau 54.20 peratus adalah berpunca dari empat kluster baharu dan tujuh kluster sedia ada," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Sabtu.
Menurut Masidi, empat kluster baharu terbabit adalah Kluster Jesselton di daerah Kota Kinabalu iaitu sebanyak 44 kes berkaitan dengan pekerja tapak pembinaan Jesselton Quay, serta Kluster Pusat Tahanan Sementara (PTS) Sibuga di daerah Sandakan sebanyak 99 kes.
Manakala Kluster Dermaga di Sandakan sebanyak 17 kes berkaitan dengan saringan Pelabuhan Dermaga Sandakan, dan Kluster Tempasuk di Daerah Kota Belud iaitu sebanyak tujuh kes berkaitan dengan upacara pengebumian.
"Daerah Sandakan mencatatkan kes tertinggi pada hari ini iaitu 176 kes.
"Daripada jumlah tersebut, 99 kes adalah daripada Kluster PTS Sibuga, 17 kes daripada Kluster Dermaga dan tujuh kes daripada Kluster Tinusa.
"Manakala saringan kontak rapat 36 kes, saringan bergejala lapan kes, saringan komuniti tujuh kes, saringan sebelum kerja satu kes dan saringan sign on satu kes," katanya.
Kluster sedia ada yang menyumbang kepada peningkatan kes di Sabah adalah seperti berikut:
- Kluster Sutera, Kota Kinabalu (53 kes) - Kluster Ria 30, Tuaran (12 kes) - Kluster Sabaru, Lahad Datu (10 kes) - Kluster Tinusa, Sandakan (tujuh kes) - Kluster Dialisis, Lahad Datu (empat kes) - Kluster Rumah Merah, Kota Kinabalu (dua kes) - Kluster Jalan Tuaran, Kota Kinabalu (tiga kes)
Topic Berkaitan
#Kluster baharu
#COVID-19
#Sabah
#Kota Kinabalu
#kes positif
#Masidi Manjun
#Kluster Jesselton
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan