awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua NATO sambut baik kemajuan usaha 'tamatkan perang Ukraine'
Vaksinasi COVID-19: Mahkamah tolak rayuan guru, staf UM
Cadangan had tempoh PM tidak rugikan negara - AMK
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Jumlah kematian melonjak 360 orang, tertinggi pernah direkodkan

Astro Awani
Astro Awani
08/08/2021
11:13 MYT
COVID-19: Jumlah kematian melonjak 360 orang, tertinggi pernah direkodkan
Dr Noor Hisham berkata, dengan 360 kematian dicatatkan hari ini, jumlah kumulatif kematian akibat COVID-19 meningkat kepada 10,749 kes. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Sebanyak 18,688 kes jangkitan baharu COVID-19 direkodkan di Malaysia dengan jumlah kematian melonjak kepada 360 orang dalam tempoh 24 jam lalu.
Angka kematian baharu itu adalah rekod tertinggi pernah dicatatkan di negara ini.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan menerusi akaun Twitternya, dengan kes baharu ini ia menjadikan jumlah keseluruhan kes COVID-19 dalam negara kini sebanyak 1,262,540 kes.
Selangor terus merekodkan kes jangkitan harian tertinggi dengan 6,565 kes, diikuti Kuala Lumpur (1,883), Kedah (1,610), Sabah (1,379), Johor (1,308) Negeri Sembilan (1,140) Kelantan (870) dan Perak (861).
Selain itu, Pulau Pinang merekodkan 694 kes, Pahang (602), Terengganu (598), Sarawak (581), Melaka (526), Putrajaya (63), Perlis (enam) dan Labuan (dua).
Dr Noor Hisham berkata, dengan 360 kematian dicatatkan hari ini, jumlah kumulatif kematian akibat COVID-19 meningkat kepada 10,749 kes.
Jumlah pesakit sembuh pula adalah seramai 17,055 orang manakala 1,095 pesakit berada di unit rawatan rapi (ICU) dengan 571 memerlukan alat bantuan pernafasan.
Sebanyak 39 lagi kluster baharu COVID-19 dilaporkan dalam tempoh 24 jam lalu dan daripada jumlah itu, 18 adalah kluster tempat kerja yang direkodkan di Selangor, Johor, Kelantan, Kuala Lumpur, Sarawak, Terengganu, Kedah, Negeri Sembilan dan Pahang.
Turut direkodkan, 15 kluster komuniti melibatkan Kelantan, Terengganu, Selangor, Kedah, Pahang dan Sarawak.
Dua kluster pusat tahanan dilaporkan di Perak dan Pahang, dua kluster kumpulan berisiko tinggi di Sarawak dan Kuala Lumpur, satu kluster keagamaan di Kedah dan satu kluster pendidikan tinggi di Kelantan.
Setakat ini, sebanyak 2,725 kluster telah diisytiharkan tamat manakala, 1,213 kluster masih aktif.
Sehingga 8 Ogos 2021: Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 18,688 kes (1,262,540 kes) Pecahan setiap negeri (Kumulatif): Selangor -6,565 (465,015) WPKL - 1,883 (140,404) Johor - 1,308 (100,452) Sabah - 1,379 (93,835) Sarawak - 581 (81,328) Negeri Sembilan - 1,140 (78,777) pic.twitter.com/1qHg0RtJZw
— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) August 8, 2021
Kedah - 1,610 (56,598) Pulau Pinang - 694 (52,368) Kelantan - 870 (49,433) Perak - 861 (43,924) Melaka - 526 (35,584) Pahang - 602 (29,125) Terengganu - 598 (20,696) WP Labuan - 2 (9,711) WP Putrajaya - 63 (4,478) Perlis - 6 (812)
— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) August 8, 2021
Topic Berkaitan
#COVID-19
#kes baharu
#kes positif
#KKM
#Dr Noor Hisham Abdullah
#kematian tertinggi
#lebih 300
#melonjak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan