KUALA LUMPUR:Sebanyak 1,925 kes kes baharu COVID-19 direkodkan hari ini, menjadikan jumlah kes positif di Malaysia sebanyak 108,615 kes.

Daripada jumlah itu, 10 daripada merupakan kes import.

Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 747 kes, diikuti  Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (360 kes) dan Pahang (288 kes).

"Peningkatan kes di Pahang dipengaruhi oleh kluster yang berkaitan dengan penjara iaitu Kluster Tembok Mempaga yang melaporkan sebanyak 282 kes.

"Sebanyak 307 kes yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di lokap, depot tahanan imigresen, dan penjara yang membabitkan Kluster Tembok Mempaga, Kluster Penjara Jalan Harapan, Kluster Tembok Gajah, Kluster Tembok , Kluster Pagar Siput dan Kluster GK Tawau," kata Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam kenyataan pada Selasa.

COVID-19: Data dan informasi setakat ini (Dikemas kini setiap hari)

KKM turut memaklumkan, dua kematian dicatatkan hari ini, menjadikan angka kematian keseluruhan kepada 457.

Sementara itu, sembilan kluster baharu dilaporkan hari ini iaitu di Selangor, Kuala Lumpur, Pahang, Sabah, Melaka dan Negeri Sembilan.

Klsuter-kluster terbabit adalah Kluster Seri Lanang, Kluster Jalan Chu, Kluster Tapak Bina Awan Puteh, Kluster Integra Ikon, Kluster Jalan Satang, Kluster Tembok Mempaga, Kluster Timbang Dayang, Kluster Teguli dan Kluster Rambai.