awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bot bertembung: Mayat kru hilang ditemukan di perairan Semporna
23 maut, 104 cedera dalam serangan SDF di kawasan kediaman di Aleppo
Polis Kelantan buru wanita warga asing dalangi sindiket ganja, tiga suspek ditahan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: 22,242 kes baharu, jumlah harian tertinggi pernah dilaporkan

Hilmi Malik
Hilmi Malik
18/08/2021
11:26 MYT
COVID-19: 22,242 kes baharu, jumlah harian tertinggi pernah dilaporkan
Selangor catat 6,858 kes harian manakala Pulau Pinang ketiga tertinggi hari ini selepas Sabah dengan 1,867 kes kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. - Gambar fail
KUALA LUMPUR : Angka kes baharu COVID-19 kembali melonjak apabila sebanyak 22,242 kes baharu dilaporkan hari ini, sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kes sejak pandemik melanda sebanyak 1,466,512 kes.
Ini juga merupakan jumlah kes harian tertinggi yang pernah dilaporkan setakat ini.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, Selangor merekodkan sejumlah 6,858 kes harian diikuti Sabah, 2,414 kes dan Pulau Pinang sebanyak 1,867 kes.
"Kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 kini sebanyak 254,484," katanya.
Sementara itu jumlah kes kematian secara keseluruhan kini telah mencecah sebanyak 13,302 termasuk pertambahan kes kematian baharu hari ini sebanyak 225 kes.
Manakala Unit Rawatan Rapi (ICU) di hospital seluruh negara ketika ini sedang merawat sebanyak 1,060 kes dan daripada jumlah itu 540 kes memerlukan bantuan pernafasan.
Jumlah kes sembuh hari ini dilaporkan sebanyak 19,680 kes menjadikan jumlah kumulatif kes pulih sebanyak 1,198,726 kes.
Sehingga 18 Ogos 2021: Jumlah kes COVID-19 adalah 22,242 kes (1,466,512 kes). Pecahan setiap negeri (Kumulatif): Selangor - 6,858 (530,971) WPKL - 1,587 (159,211) Johor - 1,477 (115,141) Sabah - 2,413 (111,346) Sarawak - 1,403 (90,810) Negeri Sembilan - 577 (86,279)
— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) August 18, 2021
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Dr Noor Hisham Abdullah
#Selangor
#Sabah
#pulau pinang
#Noor Hisham Abdullah
#unit rawatan rapi
#ICU
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan