awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Polis tahan warga emas acu "pistol" di lebuh raya
KP Perkhidmatan Awam santuni pesara, sampaikan bantuan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bot bertembung: Mayat kru hilang ditemukan di perairan Semporna

Bernama
Bernama
11/01/2026
09:00 MYT
Bot bertembung: Mayat kru hilang ditemukan di perairan Semporna
Hari ini merupakan hari ketiga misi pencarian mangsa membabitkan aset laut daripada pelbagai agensi penguat kuasa termasuk APMM, polis, tentera, bomba serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM). - Gambar fail
SEMPORNA: Mayat seorang kru bot penumpang yang hilang dalam insiden dua bot bertembung berhampiran Jeti Pelancongan Semporna di sini Jumaat lepas ditemukan hari ini.

Ringkasan AI
  • Mayat kru bot penumpang yang hilang dalam insiden dua bot bertembung berhampiran Jeti Pelancongan Semporna ditemui oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) hari ini di perairan Kampung Terusan Baru.
  • Mayat Rosman Kandau, 24, dijumpai 3.4 batu nautika tenggara dari lokasi kejadian; ahli keluarga turut hadir di lokasi untuk pengesahan identiti lelaki tersebut.
  • Insiden menyebabkan seorang lelaki hilang dan empat cedera; misi pencarian melibatkan pelbagai agensi termasuk APMM, polis, tentera, bomba, dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dalam kenyataan memaklumkan mayat Rosman Kandau, 24, dijumpai pada 8.37 pagi tadi di perairan Kampung Terusan Baru di sini, 3.4 batu nautika tenggara dari lokasi mangsa dilaporkan hilang.
Menurut kenyataan menerusi Pusat Kecil Mencari dan Menyelamat Maritim (MRSC) Kota Kinabalu itu, ahli keluarga mangsa turut berada di lokasi bagi pengecaman sekali gus mengesahkan identiti lelaki itu dengan operasi mencari dan menyelamat ditamatkan pada 9 pagi.
Jumaat lepas, seorang lelaki dilaporkan hilang manakala empat cedera selepas bot penumpang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah bot penumpang lain di kedudukan 0.3 batu nautika timur Jeti Pelancongan Semporna.
Hari ini merupakan hari ketiga misi pencarian mangsa membabitkan aset laut daripada pelbagai agensi penguat kuasa termasuk APMM, polis, tentera, bomba serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Semporna
#bot bertembung
#mayat mangsa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami