awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Cabaran ekstrem Malatra Ultra, Pirate Backyard Ultra 2026 tarik lebih 400 penyertaan
Anak Muammar Gaddafi dikebumikan di selatan Tripoli
Potret syiling Ratu Elizabeth II undang kritikan di Australia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: 25,854 kes baharu, 374 di ICU

Astro Awani
Astro Awani
02/03/2022
02:17 MYT
COVID-19: 25,854 kes baharu, 374 di ICU
Dr Noor Hisham memaklumkan sebanyak 25,406 membabitkan kes tempatan dan 448 kes import dikesan pada 1 Mac. -Gambar fail
KUALA LUMPUR: Sejumlah 25,854 kes baharu COVID-19 dicatatkan pada 1 Mac menjadikan jumlah kumulatif kes sebanyak 3,468,590.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan, 25,406 membabitkan kes tempatan dan 448 kes import.
Sebanyak 99.41 peratus bersamaan 25,702 kes adalah pesakit COVID-19 dalam kategori 1 dan 2 iaitu tidak mempunyai gejala dan bergejala ringan.
Manakala,152 kes atau 0.59 peratus adalah kategori 3,4 dan 5.
Daripada jumlah itu, 25 kes (16.45%) tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi, manakala 89 kes (58.55%) telah menerima dua dos vaksin COVID-19 tetapi belum menerima dos penggalak.
Sebanyak 38 kes (25%) pula telah menerima dos penggalak (booster), 65 kes (42.76%) berumur 60 tahun dan ke atas, 51 kes (33.55%) mempunyai komorbid, manakala 1 kes (0.66%) kes adalah ibu mengandung.
Sebanyak 374 kes memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU), dan daripada jumlah itu 213 kes memerlukan bantuan pernafasan.
Jumlah kes sembuh pula adalah sebanyak 25,548 kes.
Semalam, tujuh lagi kluster baharu direkodkan, dengan 475 kluster masih aktif.
Kenyataan Akhbar KPK 2 Mac 2022 Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) https://t.co/bQx4B6XHNl
— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) March 2, 2022
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Dr Noor Hisham Abdullah
#KKM
#vaksin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan