awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
48 kedai musnah dalam kebakaran di Pasar Chatuchak
Malaysia runding terma MoU tarif Amerika Syarikat - Mohamad Hasan
SPRM reman dua penjawat awam bantu siasatan tuntutan palsu RM114,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: 317 kes baharu, tertinggi dicatatkan di Malaysia

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
03/10/2020
09:51 MYT
COVID-19: 317 kes baharu, tertinggi dicatatkan di Malaysia
Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan, kesemua kes yang melibatkan jangkitan dalam negara itu kebanyakannya mempunyai sejarah perjalanan ke Sabah. - Gambar fail
PUTRAJAYA:Malaysia sekali lagi merekodkan kes tertinggi jangkitan COVID-19 di negara ini apabila sejumlah 317 kes baharu dicatatkan.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan, kesemua kes yang melibatkan jangkitan dalam negara itu kebanyakannya mempunyai sejarah perjalanan ke Sabah.
"Kesemua 317 kes adalah kes penularan di dalam negara yang melibatkan 303 kes di kalangan warganegara dan 14 kes bukan warganegara.
"Daripada 317 kes tersebut, sebanyak 37 kes merupakan pengunjung yang pulang dari Sabah.
"Ini menjadikan jumlah kes dilaporkan mempunyai sejarah perjalanan ke Sabah sejak 20 September 2020 sebanyak 176 kes.
"Penularan tertinggi direkodkan di Sabah dengan 155 kes diikuti Kedah (102 kes) dan Selangor (32 kes)," katanya dalam sidang media di Putrajaya pada Sabtu.
Dr Noor Hisham berkata, sejumlah 121 kes yang pulih hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes pulih sepenuhnya daripada COVID-19 sebanyak 10,216 kes.
"Sehingga kini, 29 pesakit positif COVID-19 dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan empat daripadanya memerlukan bantuan pernafasan," katanya.
Dalam pada itu, satu kematian berkaitan jangkitan COVID-19 dilaporkan kepada Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) setakat 12 tengah hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes kematian meningkat 137 kes.
BACA: COVID-19: Data dan informasi setakat ini (Dikemaskini setiap hari)
Topic Berkaitan
#COVID19
#kes positif
#jangkitan baharu
#Sabah
#Dr Noor Hisham Abdullah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan