awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bad Cop: Permulaan era drama Malaysia yang lebih berani - “Kita sentiasa berusaha memperkenalkan…”
Ketibaan penumpang di KL Sentral disambut meriah dengan tarian kebudayaan
Wanita pertama ketuai Institusi Hadiah Nobel
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Kes baharu kembali lepasi angka 3,000, Selangor kekal tertinggi

Astro Awani
Astro Awani
02/05/2021
08:33 MYT
COVID-19: Kes baharu kembali lepasi angka 3,000, Selangor kekal tertinggi
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam perkongsian di laman Twitternya, Selangor mencatatkan angka tertinggi pada hari ini iaitu 1,200 kes. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Sejumlah 3,418 kes positif baharu COVID-19 direkodkan hari ini di seluruh negara, menjadikan jumlah kumulatif meningkat kepada 415,012 kes.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam perkongsian di laman Twitternya, Selangor mencatatkan angka tertinggi pada hari ini iaitu 1,200 kes.
Ia kemudiannya diikuti dengan Sarawak, 587 kes baharu dan Kelantan, 400 kes dicatatkan.
Sehingga 2 hb Mei 2021: Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 3,418 kes (415,012 kes) Pecahan setiap negeri (Kumulatif): Selangor - 1,200 (134,849) Sabah - 115 (58,315) Johor - 213 (45,900) WP KL - 198 (44,169) Sarawak - 587 (31,691). 1/2
— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) May 2, 2021
P Pinang - 145 (20,084) N Sembilan - 73 (18,912) Perak - 77 (14,890) Kelantan - 400 (14,674) Kedah - 101 (10,136) Melaka - 61 (7,489) Pahang - 45 (5,270) Terengganu - 184 (4,419) WP Labuan - 7 (2,463) WP Putrajaya - 8 (1,383) Perlis - 4 (368) 2/2
— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) May 2, 2021
Daripada jumlah ini, 10 adalah kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara.
Kes aktif ketika ini mencecah angka 30,339, dengan kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) ialah 345.
Kali terakhir kes aktif melebihi 30,000 ialah Februari lalu.
Daripada jumlah itu, sebanyak 175 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.
Sementara itu, 12 kematian baharu direkodkan menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 1,533.
Sebanyak 2,698 kes sembuh dicatatkan semalam, menjadikan kes sembuh kumulatif sebanyak 383,140.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Dr Noor Hisham Abdullah
#Noor Hisham Abdullah
#kes positif
#kesihatan
#unit rawatan rapi
#ICU
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan