awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TNB tingkat kesiapsiagaan, pantau risiko bekalan elektrik ketika banjir
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: 37 lagi kematian direkod, 4 BID

Astro Awani
Astro Awani
16/12/2021
23:56 MYT
COVID-19: 37 lagi kematian direkod, 4 BID
KKM melaporkan 37 kematian baharu akibat jangkitan COVID-19 setakat tengah malam tadi. -Foto fail/Astro AWANI/Shahir Omar
KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan 37 kematian baharu akibat jangkitan COVID-19 setakat tengah malam tadi.
Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan pandemik itu kepada 31,026 orang, daripada 2.7 juta kes positif COVID-19 yang dikesan di negara ini.
Menurut data KKM di portal COVIDNOW, empat daripada 37 kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).
Kes kematian dilaporkan itu turut melibatkan sejumlah kes tertunggak dengan ada antara kes meninggal dunia beberapa minggu lalu.
Ini berikutan proses pengesahan sama ada pesakit COVID-19 meninggal dunia akibat pandemik tersebut mengambil masa.
Sementara itu, terdapat 56,229 kes aktif COVID-19 di seluruh negara.
Daripada jumlah itu, 46,826 individu atau 83.3 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah.
Seramai 4,763 orang pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC).
Sebanyak 4,257 kes dirawat di hospital dan 383 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).
Kes ICU membabitkan 185 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dan 198 lagi memerlukan mesin ventilator.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#COVIDNOW
#KKM
#bid
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan