awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pas sebagai 'poster boy' berisiko hakis sokongan bukan Melayu kepada PN - Marzuki
Kajian Pilihan Raya Datuk Bandar KL: Jangan pandang rendah keupayaan UIAM - Fahmi
Kematian anjing bernama Ollie: Bicara kes saman kecuaian veterinar bermula 9 Feb
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: 3,788 kes baharu, Selangor rekod lebih 1,200 kes

Astro Awani
Astro Awani
30/04/2021
10:35 MYT
COVID-19: 3,788 kes baharu, Selangor rekod lebih 1,200 kes
Malaysia mencatatkan sebanyak 3,788 kes baharu COVID-19 hari ini. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Malaysia terus mencatatkan peningkatan jumlah kes positif COVID-19 hari ini dengan merekodkan 3,788, menjadikan jumlah kes kumulatif kepada 408,713.
Jumlah kes aktif setakat ini pula ialah 29,277 kes.
Kementerian Kesihatan dalam kemas kini di Twitter memaklumkan, Selangor mendahului senarai dengan 1,265 kes.
Ini diikuti Sarawak dengan 760 kes dan Kelantan dengan 464 kes.
"Seramai 328 pesakit COVID-19 dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) iaitu angka yang tertinggi setakat ini.
"Daripada jumlah ini, seramai 161 pesakit memerlukan bantuan alat pernafasan," kata KKM dalam kenyataan hariannya.
Sementara itu, 14 lagi kes kematian dicatatkan menjadikan jumlah keseluruhan kepada 1,506.
"Kes kematian pada hari ini yang melibatkan enam kes di Selangor, lima kes di Sarawak, dua kes di Johor, dan satu kes di Negeri Sembilan.
"Sebanyak 13 kes kematian pada hari ini melibatkan warganegara dan satu kes bukan warganegara," kenyataan itu menyebut.
Sebanyak 17 kluster baharu turut dikenal pasti membabitkan Sarawak, Sabah, Melaka, Kelantan, Selangor, Pulau Pinang, Perak, Negeri Sembilan, Kuala Lumpur dan Johor.
Pecahan kes baharu (3,788) pic.twitter.com/Pos6sLIyKp
— KKMalaysia (@KKMPutrajaya) April 30, 2021
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Kementerian Kesihatan
#kes positif
#KKM
#kes baharu
#Selangor
#ICU
#unit rawatan rapi
#Dr Noor Hisham Abdullah
#Negeri Sembilan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan