awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Salji sebabkan kesesakan lalu lintas di Paris, utara Perancis
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Gajah mengamuk bunuh enam orang di timur India
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: 40 lagi kematian direkod, 10 BID

Astro Awani
Astro Awani
05/12/2021
22:15 MYT
COVID-19: 40 lagi kematian direkod, 10 BID
KKM melaporkan 40 kematian baharu akibat jangkitan COVID-19 setakat tengah malam tadi. -Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan 40 kematian baharu akibat jangkitan COVID-19 setakat tengah malam tadi.
Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan wabak itu kepada 30,614 orang, daripada 2.65 juta kes positif COVID-19 yang dikesan di negara ini.
Menurut data KKM di portal COVIDNOW, 10 daripada 40 kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).
Kes kematian dilaporkan itu turut melibatkan sejumlah kes tertunggak dengan ada antara kes meninggal dunia beberapa minggu lalu.
Ini berikutan proses pengesahan sama ada pesakit COVID-19 meninggal dunia akibat pandemik tersebut mengambil masa.
Sementara itu, terdapat 61,999 kes aktif COVID-19 di seluruh negara.
Daripada jumlah itu, 51,260 individu atau 82.7 peratus sedang menjalani kuarantin di rumah.
Seramai 5,899 orang pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC).
Sebanyak 4,369 kes dirawat di hospital dan 471 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).
Kes ICU membabitkan 207 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dan 264 lagi memerlukan mesin ventilator.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#brought-in-dead
#bid
#ICU
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan