awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penempatan semula mesin pengimbas di KLIA T1, tingkat keselamatan, lancar aliran penumpang
Lokasi pelancongan di N. Sembilan jadi tumpuan sempena cuti sekolah
Kes rasuah Tentera Darat: SPRM kesan beberapa individu lain terlibat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: 5,419 kes baharu, 101 lagi kematian dalam tempoh 24 jam

Astro Awani
Astro Awani
15/06/2021
07:21 MYT
COVID-19: 5,419 kes baharu, 101 lagi kematian dalam tempoh 24 jam
Hari ini, sebanyak 5,419 kes baharu direkodkan dan Selangor terus menjadi negeri tertinggi dengan 1,996 kes.
KUALA LUMPUR: Selepas merekodkan kes harian di bawah paras 5,000 semalam, hari ini jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia kembali meningkat kepada 5,419 kes.
Selangor terus menjadi negeri mencatatkan kes tertinggi dengan 1,996 kes, Sarawak pula menjadi negeri kedua tertinggi dengan merekodkan 718 kes disusuli Kuala Lumpur (650).
Putrajaya merekodkan lima kes baharu dan di Perlis, hanya satu kes baharu dicatatkan.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia menjadikan sejumlah 667,876 kes positif COVID-19 setakat ini di Malaysia.
Status Terkini #COVID19, 15 Jun 2021 Kes sembuh= 6,831 Jumlah kes sembuh= 593,695 Kes baharu positif= 5,419 (6 import) Jumlah positif= 667,876 Kes kematian= 101 Jumlah kes kematian= 4,069 Kes dirawat di ICU= 922 Bantuan alat pernafasan= 450 pic.twitter.com/L6CwayLRle
— KKMalaysia (@KKMPutrajaya) June 15, 2021
"Sebanyak 101 lagi kematian direkodkan dalam tempoh 24 jam. Dengan angka terbaharu ini, sebanyak 4,069 kes kematian dicatatkan di Malaysia sejak pandemik," katanya dalam kenyataan di sini, pada Selasa.
Dalam pada itu, Dr Noor Hisham berkata, sebanyak 922 individu sedang menerima rawatan di unit rawatan rapi (ICU) dengan 450 daripada mereka terpaksa bergantung pada bantuan alat pernafasan.
Pun begitu, katanya, kes sembuh melebihi kes harian dengan 6,831, menjadikan kumulatif kes sembuh mencecah 593,695 atau 88.89 peratus.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#kes baharu
#kes positif
#jangkitan
#Kuala Lumpur
#Pahang
#Putrajaya
#Negeri Sembilan
#Perlis
#Malaysia
#terengganu
#Labuan
#Sabah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan