awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Letupan di Selatan Thailand: KPDN tingkat pemantauan stesen minyak di sempadan
Pengarah syarikat didenda RM50,000 kemuka dokumen palsu pemutihan warga asing
V BTS pecah rekod artis lelaki Korea terpantas capai 70 juta pengikut di Instagram
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: 58 kes positif libatkan kakitangan, pesakit, ahli keluarga di Hospital Alor Gajah

Bernama
Bernama
17/07/2021
20:08 MYT
COVID-19: 58 kes positif libatkan kakitangan, pesakit, ahli keluarga di Hospital Alor Gajah
Sebanyak 58 kes positif COVID-19 dikesan melibatkan Kluster Paya Datuk yang terdiri daripada petugas dan pesakit Hospital Alor Gajah serta ahli keluarga mereka dalam tempoh seminggu ini. - Gambar hiasan/BERNAMA
MELAKA: Sebanyak 58 kes positif COVID-19 dikesan melibatkan Kluster Paya Datuk yang terdiri daripada petugas dan pesakit Hospital Alor Gajah serta ahli keluarga mereka dalam tempoh seminggu ini.
Exco Kesihatan Melaka Datuk Rahmad Mariman berkata daripada jumlah itu, 16 individu membabitkan petugas hospital itu, pesakit (32 orang) dan ahli keluarga (10 orang).
Beliau berkata terdapat lima kematian dilaporkan di bawah kluster tersebut melibatkan pesakit berusia lebih 60 tahun dan kes masih dalam siasatan untuk disahkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM).
"Hospital Alor Gajah telah mula menerima dan merawat pesakit COVID-19 sejak dua minggu lepas dengan menyediakan 10 katil untuk pesakit wabak berkenaan dan satu katil unit rawatan rapi (ICU).
"Pada 10 Julai lepas, terdapat dua kes COVID-19 melibatkan kakitangan Wad 2A Hospital Alor Gajah dilaporkan dan punca jangkitan penularan kes masih dalam siasatan," katanya dalam satu kenyataan di sini malam tadi.
Beliau berkata susulan itu, Jabatan Kesihatan Negeri Melaka menerusi pihak pengurusan Hospital Alor Gajah telah mengambil beberapa tindakan segera bagi membendung penularan jangkitan berkenaan termasukmenjalankan aktiviti pengesanan dan saringan kontak.
Katanya kemasukan pesakit ke Wad 2A dan 2B ditangguhkan sehingga kerja-kerja sanitasi selesai dilakukan dan keadaan penularan adalah terkawal.
Rahmad berkata selain itu, semua kes bukan COVID-19 yang perlu mendapatkan rawatan lanjut akan dirujuk ke Hospital Melaka dan Hospital Angkatan Tentera di Kem Terendak.
"Bagi pesakit kes ringan dan bukan kecemasan digalak untuk mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Alor Gajah yang beroperasi sehingga pukul 9.30 malam pada hari bekerja dan klinik berhampiran namun perkhidmatan kes kecemasan masih diteruskan di hospital tersebut," katanya.
Katanya pihaknya berharap penularan jangkitan COVID-19 di Hospital Alor Gajah akan dapat dikawal segera menerusi langkah kawalan dan pencegahan yang dilakukan pengurusan hospital tersebut.
Dalam pada itu, katanya, semua pihak juga digesa sentiasa mematuhi prosedur operasi standard yang ditetapkan, berada di rumah dan patuh pada amalan norma baharu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kes positif
#Hospital Alor Gajah
#Kluster Paya Datuk
#petugas hospital
#pesakit
#KKM
#COVID-19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan