awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Salji sebabkan kesesakan lalu lintas di Paris, utara Perancis
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Gajah mengamuk bunuh enam orang di timur India
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: 63 lagi kematian, 8 BID

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
29/10/2021
20:55 MYT
COVID-19: 63 lagi kematian, 8 BID
Terdapat 70,058 kes aktif COVID-19 di seluruh negara. - Foto fail
KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan sejumlah 63 kematian baharu akibat jangkitan COVID-19 setakat tengah malam tadi.
Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan wabak itu kepada 28,832 kes, iaitu 1.17 peratus daripada 2,455,510 kes positif COVID-19 yang dikesan di negara ini.
Menurut data KKM di portal COVIDNOW, sejumlah 8 daripada 63 kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital (brought-in-dead atau BID).
Kes kematian dilaporkan itu turut melibatkan sejumlah kes tertunggak dengan ada antara kes meninggal dunia beberapa minggu lalu berikutan proses yang mengambil masa bagi mengesahkan sama ada pesakit COVID-19 meninggal dunia akibat pandemik tersebut.
Sementara itu, terdapat 70,058 kes aktif COVID-19 di seluruh negara yang mana 54,090 individu atau 77.2 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah.
Seramai 9,453 orang pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC).
Sebanyak 5,948 kes dirawat di hospital dan 567 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).
Kes ICU membabitkan 267 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dan 300 lagi memerlukan mesin ventilator.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#unit rawatan rapi
#pandemik
#kematian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan