awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PGA Sarawak catat 23 kejayaan operasi, rampasan cecah RM35.31 juta
UNICEF salur bantuan EUR2.7 juta untuk kanak-kanak di Syria
Transformasi digital asas kesediaan Pulau Pinang jadi pangkalan utama - SPPP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: 75.2 peratus populasi negara lengkap divaksinasi

Bernama
Bernama
08/11/2021
02:26 MYT
COVID-19: 75.2 peratus populasi negara lengkap divaksinasi
Setakat 7 Nov, sebanyak 2,357,922 atau 74.9 peratus individu bagi golongan remaja berusia 12 hingga 17 tahun telah lengkap divaksin. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Setakat 11.59 malam tadi, 75.2 peratus atau 24,552,038 individu di negara ini telah lengkap diberi vaksin COVID-19.
Sementara itu, 94.8 peratus atau 22,194,116 individu kadar populasi dewasa juga telah lengkap menerima dos vaksin.
Menurut data Kementerian Kesihatan (KKM) melalui laman COVIDNOW, sejumlah 97.4 peratus atau 22,809,218 individu bagi populasi dewasa telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
Manakala itu, 38,027 dos suntikan vaksin diberikan semalam melibatkan 13,110 suntikan dos lengkap, 3,068 menerima dos pertama dan 21,849 pula menerima suntikan dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif vaksin bagi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) kini meningkat kepada 50,402,399.
Setakat semalam juga, sebanyak 2,357,922 atau 74.9 peratus individu bagi golongan remaja berusia 12 hingga 17 tahun telah lengkap divaksin, manakala 86.3 peratus atau 2,715,817 individu telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
Selain itu, jumlah kumulatif dos penggalak pula kini sebanyak 506,236.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan
#suntikan
#vaksin
#Kementerian Kesihatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan