awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: 82 kes baharu, 64 di Sabah

Astro Awani
Astro Awani
26/09/2020
09:26 MYT
COVID-19: 82 kes baharu, 64 di Sabah
Dr Noor Hisham Abdullah menerusi ciapan Twitter beliau berkata, daripada 82 kes direkodkan pada hari ini, 79 kes merupakan penularan tempatan dan hanya tiga kes import. - Gambar BERNAMA
Sabah terus menjadi penyumbang utama peningkatan kes positif COVID-19 dalam negara dengan 64 daripada 82 kes baharu direkodkan di negeri itu, pada Sabtu.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan berkata, daripada 82 kes direkodkan, sebanyak 79 kes merupakan penularan tempatan dan tiga kes import.
Menurutnya, daripada 79 kes tempatan, 53 melibatkan warganegara manakala 26 bukan warganegara dan bagi kes import pula, dua kes melibatkan warganegara dan satu kes bukan warganegara.
“Jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia kini adalah sebanyak 10,769 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 851 kes.
“Terdapat 89 kes yang telah pulih COVID-19 pada hari ini. Jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya daripada COVID-19 adalah sebanyak 9,785 kes.
“Tiada pertambahan kes kematian berkaitan COVID-19 dilaporkan pada hari ini. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia kekal sebanyak 133 kes,” katanya.
Tambah beliau, sehingga kini terdapat lapan kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan empat kes memerlukan bantuan pernafasan.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Dr Noor Hisham Abdullah
#kes import
#kes positif
#kesihatan
#koronavirus
#Noor Hisham Abdullah
#penularan tempatan
#Twitter
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan