awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dua beranak ditahan menyamar polis, samun warga asing
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS, bercampur-campur berbanding mata wang lain
Pendekatan 'humanistic AI' perkasa kemampuan manusia, bukan teknologi ganti tenaga kerja
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: 9 kes baharu, 3 daripadanya di DTI Bukit Jalil

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
11/08/2020
09:31 MYT
COVID-19: 9 kes baharu, 3 daripadanya di DTI Bukit Jalil
Dr Noor Hisham berkata, kesemua empat kes penularan dalam negara tidak melibatkan jangkitan dalam kalangan warganegara Malaysia. - Foto BERNAMA
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan terdapat sembilan kes baharu dilaporkan di negara ini sehingga pukul 12 tengah hari tadi sekali gus menjadikan jumlah kes di negara ini adalah 9,103.
Bagaimanapun, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan, kesemua empat kes penularan dalam negara tidak melibatkan jangkitan dalam kalangan warganegara Malaysia.
"Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 169 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.
"Ingin dimaklumkan daripada sembilan kes baharu yang dilaporkan, lima kes adalah kes import yang telah mendapat jangkitan di luar negara yang melibatkan tiga warganegara Malaysia dan dua bukan warganegara," memetik kenyataan yang dikeluarkan Dr Noor Hisham hari ini.
Lima kes import tersebut adalah dari negara:-
  • Jepun (1 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur);
  • India (1 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur);
  • Pakistan (1 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur);
  • New Zealand (1 kes di Selangor); dan
  • Singapura (1 kes di Johor).
Sementara itu, katanya, kesemua empat kes penularan di dalam negara adalah di kalangan bukan warganegara iaitu tiga kes saringan di Depot Tahanan Imigresen (DTI) Bukit Jalil sebelum dihantar pulang ke negara asal serta satu kes saringan rujukan ke Hospital Queen Elizabeth (HQE).
Dalam masa sama, beliau memaklumkan tiada kes kematian direkodkan.
Topic Berkaitan
#Bukit Jalil
#COVID-19
#Dr Noor Hisham Abdullah
#DTI Bukit Jalil
#jangkitan
#Kementerian Kesihatan
#KKM
#koronavirus
#warga asing
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan