MALAYSIA
COVID-19: 9,180 kes baharu, tertinggi sejak pandemik

Kes COVID-19 di negara ini terus mencatatkan peningkatan apabila 9,180 kes baharu lagi dilaporkan hari ini, tertinggi sejak negara dilanda pandemik. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kes COVID-19 di negara ini terus mencatatkan peningkatan apabila 9,180 kes baharu dilaporkan hari ini, tertinggi sejak negara dilanda pandemik.
Angka itu sekali gus menjadikan kes keseluruhan kini 817,838 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata Selangor menyumbang kes harian tertinggi sebanyak 4,400 kes, diikuti Kuala Lumpur (1,271); Negeri Sembilan (899) dan Sarawak (406).
Menurutnya, 77 lagi korban baharu atau 0.73 peratus daripada keseluruhan kes, dilaporkan dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah kumulatif kes kematian mencecah 5,980 kes.
"Setakat pukul 12 tengah hari pula, 5,713 pesakit dilaporkan sembuh yang membawa kepada jumlah kumulatif 731,193 kes atau 89.41 peratus," katanya dalam kenyataan di sini, pada Jumaat.
Tambah Noor Hisham lagi, 959 pesakit sedang menerima rawatan di unit rawatan rapi (ICU) dengan 465 daripada mereka memerlukan bantuan pernafasan.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami