[TERKINI] Najib Razak Dilepas Tanpa Dibebaskan – Kes SRC RM27 Juta, Ikuti Laporan di Sini
NATIONAL

COVID-19: Asrama pekerja Tropicana Corporation Berhad lokasi terbaharu dikenakan PKPD

Madiha Abdullah 10/10/2020 | 09:46 MYT
Pusat beli belah One Utama, Bandar Utama dan kelab golf, Tropicana Golf Club & Country Resort di sini ditutup kerana penularan kes COVID-19 di kedua-dua kawasan itu. - Gambar BERNAMA
KUALA LUMPUR:Asrama pekerja Tropicana Corporation Berhad di Petaling Jaya akan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD), bermula 12 Oktober sehingga 25 Oktober.
Menurut Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri, PKPD itu bagaimanapun hanya membabitkan blok-blok asrama pekerja sahaja.
"Jumlah penempatan di asrama ialah kira-kira 500 orang pekerja. Kawasan perumahan dan kelab golf Tropicana Golf & Country Resort tidak terlibat," katanya dalam sidang media harian perkembangan COVID-19, hari ini.
Setakat ini lima pekerja disahkan positif COVID-19.
Berkenaan perkembangan kes positif di pusat beli-belah 1 Utama, Ismail Sabri memaklumkan ia akan ditutup selama tujuh hari bermula esok dan proses saringan akan dijalankan terhadap kira-kira 800 orang pekerja.
Pusat beli-belah itu juga akan menjalani proses nyahkuman.
BACA: COVID-19: One Utama, kelab golf Tropicana ditutup
BACA: COVID-19: Data dan informasi setakat ini (Dikemas kini setiap hari)
Sehingga kini terdapat empat kes positif di 1 Utama melibatkan tiga pekerja dan seorang pengunjung.
#COVID-19 #perintah kawalan pergerakan diperketat #PKPD #perintah kawalan pergerakan #Petaling Jaya #koronavirus #kes positif #Tropicana Corporation Berhad #Tropicana Golf & Country Resort